MENJELANG sambutan ulang tahun ke-20 mStar, portal ini akan mengenang kembali kisah ‘throwback’ anak seni dan selebriti ketika mereka berusia 20 tahun.
Untuk episod kali ini, mStar membawakan seorang pelakon iaitu Mawar Rashid yang sudi berkongsikan kisah lucu dan terindahnya ketika di usia berkenaan.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, berkata, ketika itu dia sedang sibuk belajar sambil melakukan beberapa pekerjaan sambilan.
Lebih melucukan apabila Mawar turut berkongsikan pengalaman seorang artis lelaki popular cuba untuk menawan hatinya ketika sedang bekerja di kedai baju.
“Ketika itu saya sedang kerja kedai baju, dan saya sedang melayan dia. Dia merupakan seorang artis popular sekarang. Ketika sedang layan itu, dia mengurat saya malah siap minta nombor telefon. Kelakar bila ingat kembali,” katanya sambil ketawa.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI