TIDAK mahu terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi di media sosial, pelakon Zul Huzaimy memberitahu dia lebih selesa sekiranya hal keluarga tidak ketahui umum.
Pernah mengalami kejadian ditipu sebelum ini, Zul atau Zul Huzaimy Marzuki, 47, berkata dia mengalami trauma sehingga membuatkan dia lebih berjaga-jaga dalam setiap perkongsian di sosial media.
“Saya ikut pesan Datuk Rosyam kepada saya sewaktu kemunculan dulu untuk tidak dedahkan hal keluarga atau peribadi tetapi lebih kepada soal kerjaya saja.
“Saya memang menjaga perkara ini sebab ramai saja yang kurang senang malah bila saya buat live pun ada saja suara sumbang yang masuk dan cakap bukan-bukan mengenai saya... kalau tak suka tak perlu masuk.
“Ya saya akui memang trauma sebab selalu sangat kena tipu walaupun dalam industri hiburan pun ada, janji macam-macam sampai kadang-kadang menjejaskan nama saya pun ada tapi nak buat macam mana,”k atanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Zul bakal muncul dalam sebuah filem aksi permotoran iaitu Impak Maksima 2 yang bakal ditayangkan pada Julai depan.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI