suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sharul Aimy kena ada ‘stylist’, tak mahu nampak selekeh datang event hiburan

ATLET gimnastik negara, Sharul Aimy memberitahu dia sangat mementingkan soal penampilan setiap kali menghadiri majlis atau acara rasmi.

Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Aimy Mohd. Kamarul Hisam, 24, berkata dia perlu mendapatkan khidmat penata gaya kerana enggan kelihatan tidak terurus atau selekeh di tempat awam.

“Saya memang tak akan pergi mana-mana acara kalau tak ada penata gaya. Dah biasa ada orang tolong siapkan saya setiap kali ada majlis.

“Bukan sebab nak tarik perhatian sesiapa, cuma saya jaga penampilan. Saya tak nak orang tengok saya selekeh terutama bila hadir acara besar,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi