TERLIBAT sebagai salah seorang pelakon dalam drama Good Boys Go To Heaven (GBGTH) memberi kesan besar buat aktres baharu, Mila Mohsin dalam kehidupannya di luar waktu penggambaran.Menurut Mila atau Hani Karmila Hani Mohsin, 29, tidak mudah untuk dia terus melupakan watak Maureen yang juga memberi impak penting terhadap drama tersebut. Bahkan, melihat sendiri setiap pelakon menjiwai watak masing-masing juga dirasakan seperti sebuah kisah realiti.Mila kongsi pengalaman bawa watak Maureen. "Bercerita tentang drama ini pun dah mula rasa perasaan itu. Setiap hari di lokasi penggambaran suasananya berbeza. Saya tengok pelakon lain termasuk pelakon kanak-kanak tentang kesakitan yang mereka lalui."Ia memberi kesan kepada saya untuk tempoh masa yang panjang. Ketika tempoh rehat semasa penggambaran pun, tidak mudah untuk saya melepaskan watak ini."Ada ketika selepas pulang ke rumah, saya menangis sebelum tidur dan mengalami mimpi ngeri. Saya berfikir tentang keluarga sendiri. Kesan berlakon dalam drama ini memang terasa," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Mila Mohsin tak ikut jalan mudah, minta restu Tiara Jacquelina seminggu sebelum uji bakat PGL ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy anggap Good Boys Go To Heaven raih kejayaan mutlakMila bagaimanapun, enggan berkongsi lanjut tentang mimpi yang dialami kerana menganggap ia terlalu peribadi.Pelakon itu dalam masa sama memberitahu sukar untuknya melupakan watak Maureen meskipun selepas beberapa bulan selesai menjalani penggambaran."Saya kembali meletakkan diri saya dalam dunia sebenar. Bercakap dengan orang terdekat dan melihat wajah mereka. Saya selalu mengingatkan diri bahawa saya adalah Mila.Drama GBGTH kini menjadi sebutan ramai. "Susah nak lepaskan watak itu. Ambil masa beberapa bulan juga. Tapi saya harus belajar untuk cepat melepaskan sesuatu watak dalam lakonan akan datang," ceritanya.Selain Mila, drama GBGTH turut menampilkan pelakon Beto Kusyairy, Zahirah MacWilson, Amerul Affendi, Firdaus Karim, Malek McCrone dan Sayf Mikael sebagai watak utama.Drama ini ditayangkan menerusi saluran Astro On Demand, Sooka dan Astro Citra (saluran 108).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!