suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sering buat ‘live’ bersama, Nur Nilam jawab tuduhan masih tinggal sebumbung dengan bekas suami

Hubungan rapat Azlan dan Nilam menimbulkan tanda tanya.

KERAP dilihat mengadakan sesi siaran langsung di media sosial bersama, timbul pelbagai spekulasi mengenai status hubungan pelakon Azlan Komeng dan bekas isteri Nur Nilam Ortiz.

Menjawab mengenai persoalan itu, Nur Nilam menegaskan segala spekulasi termasuklah dakwaan sudah kembali bersama dan tinggal serumah adalah tidak benar.

“Saya melihat tuduhan tersebut sebagai sesuatu yang tidak berasas. Walaupun kami telah bercerai, Azlan masih merupakan rakan perniagaan saya dan mempunyai tanggungjawab tertentu dalam operasi Nilam Empire.

"Kehadirannya dalam sesi siaran langsung adalah atas kapasiti profesional serta berkaitan urusan perniagaan sahaja,” katanya.

Nilam tepis dakwaan masih tinggal sebumbung dengan bekas suami. 

Dalam pada itu, Nilam menjelaskan hubungan baik yang masih terjalin antara mereka turut didorong oleh komitmen bersama dalam membesarkan cahaya mata.

"Azlan sentiasa berusaha meluangkan masa bersama anak-anak dan saya tidak pernah menghalang perkara itu. Dia tetap ayah kepada anak-anak kami. 

"Saya percaya perceraian bukan alasan untuk memutuskan hubungan kekeluargaan atau mewujudkan permusuhan antara dua individu yang pernah berkongsi kehidupan bersama,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Nilam juga berkata sebagai seorang usahawan, dia perlu bersikap profesional dan tahu membezakan urusan peribadi serta perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng, Nilam Ortiz sah bercerai... Kekal berkawan demi anak 

ARTIKEL BERKAITAN: Nilam Ortiz beri bayangan berpisah…”Saya dan Azlan Komeng sepakat teruskan kehidupan di jalan berbeza” 

“Saya mempunyai pendekatan dan strategi tersendiri dalam menguruskan kehidupan peribadi serta perniagaan. 

"Fokus utama saya ketika ini adalah memastikan Nilam Empire terus berkembang dan memberikan produk berkualiti tinggi kepada pengguna,” tambahnya.

Bercakap mengenai perniagaan, Nilam menyedari wujud pihak yang cuba menjual produk tiruan menggunakan nama dan jenamanya, Nilam Empire.

Justeru itu, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau organisasi yang didapati meniru, mengedar atau menjual produk tiruan berkenaan.

Azlan dan Nilam kekal hubungan baik demi anak. 

“Mungkin ada pihak yang mampu meniru rupa luaran produk kami, tetapi mereka tidak mampu meniru kualiti, formulasi dan standard yang kami bangunkan. 

"Saya ingin mengingatkan pengguna agar sentiasa berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membeli. 

"Jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga yang terlalu murah kerana kualiti serta keselamatan pengguna harus menjadi keutamaan," katanya.

Untuk rekod, Nilam dan Azlan mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 dan memiliki seorang cahaya mata lelaki yang dikenali sebagai KJ.

Pasangan ini mengesahkan mereka sudah bercerai 13 Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain