suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mila Mohsin tak ikut jalan mudah, minta restu Tiara Jacquelina seminggu sebelum uji bakat PGL

Mila mahu buktikan dia mampu membawa watak Puteri Gunung Ledang.

PELAKON Mila Mohsin enggan terlalu ambil pusing dakwaan kononnya dia diterima memegang watak utama dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) disebabkan status sebagai anak kepada Puan Seri Tiara Jacquelina yang juga merupakan pengarah karya tersebut.

Bagi Mila atau Hani Karmila Hani Mohsin, 29, penglibatannya tidak harus dilabelkan sebagai nepotisme kerana dia sendiri melalui proses uji bakat seperti barisan pelakon lain.

"Selalu juga dengar tentang nepotisme. Orang boleh fikir apa yang mereka mahu fikirkan dan saya tidak salahkan mereka. Mungkin saya sendiri pun akan berfikir perkara yang sama. Jadi husnuzon sahaja.

Mila sedar pemilihannya mendapat kritikan segelintir pihak.

"Kalau ada yang ragu-ragu, datanglah menonton persembahan. Saya akan buat yang terbaik. Itu lebih penting. Biarlah apa orang nak fikir," katanya kepada mStar.

Mila ditemui ketika majlis tayangan khas episod ketujuh drama terbaharu lakonannya berjudul Good Boys Go To Heaven yang berlangsung di TGV 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Berkongsi tentang proses uji bakat, Mila memberitahu dia mengambil inisiatif melakukan latihan sendiri tanpa pengetahuan ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Tiara Jacquelina, Mila Mohsin pelakon kedua Puteri Gunung Ledang

ARTIKEL BERKAITAN: Mila Mohsin curi-curi berlatih vokal, Tiara baru tahu ketika anak hadiri uji bakat Puteri Gunung Ledang

Malah, dia juga percaya Tiara cukup teliti dalam memilih pelakon untuk menggalas watak Puteri Gunung Ledang.

"Mestilah saya pergi uji bakat. Saya hanya beritahu ibu tentang penyertaan saya kira-kira seminggu sebelum sesi uji bakat. Itu sebagai cara saya meminta restunya.

"Saya melakukan persediaan awal sebelum uji bakat termasuk mengikuti kelas nyanyian bersama Juliza Adzlizan.

Kalau ada yang ragu-ragu, datanglah menonton persembahan

MILA MOHSIN

PELAKON

"Sebagai pengarah, tak mungkin ibu saya akan membuat pemilihan dengan mudah. Dia memilih saya kerana baginya saya sesuai untuk watak ini," kongsinya.

Mila pada masa sama turut meluahkan rasa bangga dan terharu kerana buat pertama kali dapat berlakon di bawah arahan ibunya sendiri.

"Sebelum ini saya tengok dari jauh sahaja. Ibu bekerja keras untuk teater ini sampai tidak tidur malam.

Mila berbangga dapat bekerja di bawah arahan ibunya.

"Sekarang saya dapat bekerja dengannya sebagai pengarah. Ia satu penghormatan buat saya," luahnya.

Selain Mila, nama pelakon lain yang turut diumumkan terlibat dalam PGLTM ialah Aisha Retno yang juga memegang watak Puteri Gunung Ledang, Aqasha (Hang Tuah), Yusof Hashim (Gusti Adipati) dan Luqman Hafidz (Sultan Melaka).

Sementara itu, Nadia Aqilah dan Mimi Fly dipilih untuk membawa watak Bayan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain