suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fattah Amin tolak kerja jauh demi berjaga-jaga Amira Othman bakal bersalin

Amira bakal melahirkan anak dalam masa terdekat.

MENANTI hari untuk menimang cahaya mata sulung bersama isteri Amira Othman, pelakon Fattah Amin memaklumkan dia tidak lagi menerima sebarang tawaran kerja luar daripada Kuala Lumpur dan Selangor dalam masa terdekat. 

Jelas Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, ini kerana dia mahu memberikan fokus terlebih dahulu kepada Amira kerana dijangkakan bakal melahirkan anak pada bila-bila masa sahaja. 

"Ya, untuk sekarang ini memang saya kena elakkan untuk ambil sebarang komitmen kerja yang kena keluar daripada Kuala Lumpur dan Selangor. 

Fattah dan Amira tidak sabar menanti cahaya mata sulung. 

"Ada satu kerja yang sudah sah iaitu bulan depan. Tapi ianya hanyalah dalam Selangor sahaja sebab sekarang ini memang sedang bersedia untuk pergi ke hospital sahaja sebab Amira bila-bila masa sahaja akan bersalin," katanya kepada mStar. 

Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa Allstar Picklebash 2.0 di Pickle Social Club, Bukit Kiara, Selangor pada Khamis. 

Ditanya soal persiapan barangan dan keperluan, Fattah menjelaskan semuanya sudahpun disediakan dengan rapi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin perjelas tuduhan kasari pembantu rumah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin tegur komen negatif ketika ‘live’, minta hormati usaha cari rezeki

"Alhamdulllah. Keperluan daripada segi bayi dan juga barang Amira semuanya kita sudah siap dan sediakan. 

"Saya pun sudah letak dalam kereta sebab bila-bila sahaja daripada sekarang Amira akan melahirkan," ujarnya. 

Mengulas mengenai jantina, aktor itu memaklumkan dia dan isteri akan mengumumkan perkara tersebut selepas segala urusan bersalin selesai. 

Fattah dan Amira berkahwin pada September tahun lalu. 

"Amira akan bersalin di hospital di Kuala Lumpur. Jantina kami memang sudah tapi tapi lebih baik ia diumumkan selepas lahir. 

"Apa yang penting sekarang ini ialah mohon doa baik-baik daripada anda semua," tambahnya. 

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu di Sepang, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain