SELEPAS lebih dua dekad meninggalkan dunia nyanyian, penyanyi Suliza Salam tidak pernah merancang untuk kembali aktif biarpun beberapa kali menerima tawaran menyertai program realiti popular.Suliza, 60, berkata, dia menolak tawaran tersebut kerana tidak lagi sanggup berdepan tekanan yang dirasakan boleh menjejaskan kesihatannya. “Sebenarnya saya masih boleh menyanyi, cuma perasaan gemuruh itu tetap ada sebab dah lama tinggalkan dunia nyanyian.“Tekak ini milik Allah. Kita pun risau kalau tiba-tiba suara tak keluar atau ada masalah ketika berada di atas pentas. Kerisauan itu yang akhirnya buat saya stres.Suliza tidak mahu terbeban dengan jadual kerja yang padat. “Saya pun rasa dah tak boleh nak ambil tekanan macam dulu. Bila tertekan nanti mulalah gastrik, timbul pula macam-macam penyakit. Biarlah hidup tenang macam sekarang,” katanya kepada mStar.Menurut Suliza, dia juga tidak lagi selesa membuat persembahan di hadapan khalayak kerana bimbang setiap gerak-gerinya dirakam sebelum dimuat naik ke media sosial.“Ya betul, sebab kita tak selesa. Sekarang ini setiap sudut orang akan rakam.“Bila dah berusia, banyak benda kita kena jaga. Postur pun kena jaga. Kadang-kadang rasa segan juga bila orang tengok kita pada usia macam ini,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Allah nak beri rezeki ni, kenapa nak tolak?“ - Nita Hamzah pernah dapat RM300 nyanyi di majlis kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Fadilah Mansor tak minat buat content TikTok, jaga imej sebagai ‘public figure’Bagaimanapun, Suliza berkata, dia masih memenuhi jemputan membuat persembahan ringkas di majlis tertutup yang melibatkan kenalan rapat.“Saya memang agak keberatan sebab kalau boleh dah tak nak menyanyi. Tapi ramai juga kawan-kawan jemput menyanyi di majlis mereka.“Masalahnya sekarang orang suka merakam dan memuat naik di media sosial. Nanti orang ingat saya dah menyanyi semula sedangkan sebenarnya tidak.“Kalau anak yang minta, suami kata bolehlah nyanyi sikit untuk gembirakan mereka. Bukannya lagu yang berat pun. Kadang-kadang rasa segan juga bila orang tengok kita pada usia macam iniSULIZA SALAM PENYANYI“Malah rakam lagu dengan Ismail pun cuma beberapa baris sahaja. Saya memang tak nak buat sesuatu yang terlalu berat,” katanya.Dalam pada itu, Suliza menjelaskan keputusan meninggalkan dunia nyanyian dibuat selepas mendirikan rumah tangga dan menunaikan ibadah haji kerana mahu memberi tumpuan kepada kehidupan serta memperbaiki diri.“Bila saya berkahwin dan kemudian pergi haji, saya memang kalau boleh nak tutup buku.“Dulu orang selalu anggap suara wanita itu aurat. Bila saya berhijab, saya rasa cukuplah. Bukan nak kata saya alim, tapi saya rasa sudah sampai masanya untuk perbaiki diri.Suliza kini memberi lebih fokus kepada keluarga. “Tetapi masyarakat sekarang, Alhamdulillah, mereka boleh terima artis-artis yang berhijab. Kita boleh berhijab dan dalam masa sama masih boleh membuat persembahan,” ujarnya.Berkongsi kehidupan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Ismail A Ahmad, Suliza berkata dia kini lebih menikmati masa bersama rakan-rakan selepas sekian lama memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak.“Dulu hidup saya memang hanya untuk anak-anak dan keluarga. Saya besarkan tiga orang anak, semuanya perlukan perhatian.“Sekarang anak-anak dah besar, saya ada lebih banyak masa untuk keluar minum, berjumpa kawan-kawan dan berjalan-jalan.Suliza kembali mendirikan rumah tangga pada tahun 2024“Suami pula sangat menghormati kawan-kawan saya, jadi kami boleh luangkan masa bersama. Saya gembira dengan kehidupan sekarang. Banyak perkara yang dulu saya tak sempat buat, sekarang saya dapat nikmatinya,” katanya.Suliza mula mencipta nama menerusi lagu Untuk Sekali Lagi pada 1984 ketika bernaung di bawah syarikat rakaman Titra Rekod.Selepas mendirikan rumah tangga bersama Zainal Nazeri Zainuddin, dia mengambil keputusan meninggalkan dunia seni bagi memberi tumpuan kepada keluarga dan bergelar suri rumah sepenuh masa. Bagaimanapun, perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 2022.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nur Izzati, Nur Falahi dan penyanyi Ismail Izzani.Suliza kemudian kembali bergelar isteri apabila mendirikan rumah tangga dengan Ismail A. Ahmad pada 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!