suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fadilah Mansor tak minat buat content TikTok, jaga imej sebagai ‘public figure’

Fadilah tidak berminat dengan TikTok.

PELAKON veteran Datin Fadilah Mansor mengakui tawaran lakonan diterimanya semakin berkurangan sejak kebelakangan ini, namun perkara itu tidak sesekali mendorongnya untuk aktif menghasilkan kandungan di media sosial.

Meskipun ramai artis veteran memilih untuk aktif menerusi kandungan video di TikTok, Fadilah, 67, pula mengakui dia kurang mahir mengendalikan aplikasi media sosial berkenaan.

"Tawaran masih ada, tapi sudah tidak serancak dulu. Memang sedikit terasa. Cuma saya tak pernah terfikir untuk aktif di TikTok.

Fadilah selesa dengan caranya tersendiri.

"Saya lebih selesa di Instagram saja. Tak pandai guna pun ada juga. Kalau ada orang buatkan barulah saya guna. Ada saja yang ajar, cuma saya memang tak berminat," katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai trend segelintir artis veteran yang aktif di TikTok bagi menjana pendapatan, Fadilah berpendapat seseorang selebriti perlu menjaga imej dan standard sebagai seorang figura awam.

Menurutnya, tidak semua kandungan di TikTok bersifat negatif, namun ada juga yang dilihat seperti merendahkan maruah semata-mata untuk meraih perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji masih cantik di usia 65 tahun... Ada lelaki cuba dekati Fadilah Mansor, serah pada Allah soal jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Love, Mama’... Mat London sempat tulis nota terakhir untuk bekas isteri, foto raya jadi kenangan Fadilah Mansor

"Bagi pandangan saya, memang TikTok ini tempat untuk kita mempopularkan diri. Tapi kadang-kadang macam mempermalukan dan merendah-rendahkan diri sendiri.

"Bukan semua macam itu, ada juga yang bagus. Tapi saya percaya ramai yang perasan perkara itu," ujarnya.

Dalam masa sama, Fadilah berkata seseorang selebriti perlu menjaga tingkah laku kerana setiap tindakan mereka sering menjadi perhatian dan ikutan masyarakat.

"Standard itu memang kena ada. Kita kena jaga sebab kita ini ‘public figure’. Orang memandang kita, apa yang kita buat orang tiru.

Fadilah mahu jaga nama baik sebagai artis.

"Mereka menghargai lakonan kita, jadi kita juga kena hormati mereka. Sebab itu kita kena jaga diri dan jangan keterlaluan. Bukanlah saya kata saya baik sangat, saya pun berkawan dengan semua orang," kongsinya.

Dakwaan kononnya artis yang menghasilkan kandungan video menerima bayaran lumayan, Fadilah mengakui ada mendengar perkara itu, namun dia percaya setiap pulangan itu datang bersama pengorbanan.

"Dengar memang banyak, orang kata bayarannya besar. Tapi besar juga pengorbanannya.

"Kadang-kadang sebulan dapat banyak, kemudian dua bulan pula tak dapat apa-apa," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain