PELAKON Ezaidi Aziz berpendapat definisi kecantikan dan ketampanan seseorang bukanlah diukur menerusi prosedur pembedahan kosmetik, sebaliknya bermula dengan disiplin menjaga kesihatan kulit agar kekal bersih serta sihat.Ezaidi atau nama lengkapnya Mohamed Ezaidi Abdul Aziz, 31, berkata kecantikan sebenar tidak wajar dinilai pada fizikal semata-mata, sebaliknya daripada kebersihan hati dan cara seseorang menghargai keaslian diri. "Sebenarnya menjaga kulit supaya kekal bersih dan sihat adalah definisi cantik yang sebenar, tidak perlu pun merubah wajah asal kita. Paling penting adalah kulit kita sihat dan bersih.Ezaidi lebih mengutamakan penjagaan asas. "Apabila seseorang menjaga asas penjagaan kulit yang betul, secara automatik akan jadi cantik. Berbanding buat muka, yakin ke dah buat muka jadi cantik? Takut ada kesan sampingan dan membahayakan diri."Syukur Alhamdulillah (dikurniakan wajah tampan), tetapi di luar sana ramai lagi lelaki yang kacak. Apa yang ingin saya tekankan, untuk apa buat wajah cantik tapi hati kotor, tak bersih?" katanya kepada mStar.Ezaidi ditemui pada sidang media khas sempena pelantikannya sebagai duta produk penjagaan kulit BAARS baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau nak cepat popular lebih baik jadi influencer”... Ezaidi Aziz jawab dakwaan masuk industri hanya untuk nama dan duitARTIKEL BERKAITAN: [V] Dijanjikan gaji lumayan dan jawatan tinggi, Ezaidi Aziz hampir jadi mangsa orang ternamaMengulas trend segelintir individu yang sanggup melakukan pembedahan muka demi mengejar kecantikan, Ezaidi mengakui kurang bersetuju dengan tindakan menukar ciptaan asal tanpa sebarang keperluan mendesak."Setiap orang ada pendapat sendiri, tetapi kalau tanya saya, kurang bersetuju buat muka. Jika ada yang ambil keputusan untuk merubah wajah mereka, itu terpulang. Hanya mereka tahu apa tujuan sebenar."Saya lebih percaya seseorang itu akan nampak lebih menarik apabila menjaga kesihatan kulit dan mengamalkan rutin penjagaan wajah yang betul. Itu lebih selamat dan memberikan keyakinan kepada diri sendiri," jelasnya.Ezaidi dilantik sebagai duta penjagaan wajah. Dalam pada itu, berkongsi mengenai pelantikannya sebagai duta produk penjagaan kulit Baars, Ezaidi menganggap ia sebagai satu pencapaian peribadi yang amat bermakna dalam kerjayanya."Saya percaya lelaki zaman sekarang ramai yang sudah mementingkan penjagaan kulit muka. Saya bersyukur dilantik sebagai duta Baars, ini satu lagi pencapaian untuk diri saya."Sebelum ini saya pernah ada perancangan untuk keluarkan produk muka sendiri, tetapi belum ada rezeki," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!