ISTIMEWA buat peminat di Malaysia, penyanyi Nadhif Basalamah tampil mempersembahkan lagu baharu berjudul Seperti Semula pada Konsert Rumah Hati yang berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada malam Ahad.Menurut Nadhif, lagu tersebut dipersembahkan sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap perjalanan seninya. "Lagu ini belum dilancarkan di mana-mana platform digital. Carilah di mana-mana pun, memang tak jumpa.Nadhif teruja bertemu peminat Malaysia. "Saya juga tak pernah menyampaikan lagu ini di atas pentas," katanya menyapa penonton yang hadir pada malam berkenaan.Biarpun lagu baharu, karya tersebut berjaya membuatkan semua yang hadir terhibur dan terbuai dengan kelunakan suara Nadhif.Malah, dia cukup berbangga apabila masih ramai peminat hadir meskipun sudah beberapa kali mengadakan persembahan di Malaysia.ARTIKEL BERKAITAN: “Tak pernah rancang, redah saja“ - Yusry anggap namanya tular sebagai rezeki bukan tekanan ARTIKEL BERKAITAN: Butterfingers rai 3 dekad dengan konsert ala 90anMelengkapkan persembahan, Nadhif turut menyampaikan lagu-lagu popular seperti Bergema Sampai Selamanya, Penjaga Hati dan Jika Kau Lelah Denganku.Bukan hanya Nadhif, Konsert Rumah Hati turut menampilkan penyanyi Fabio Asher yang menghiburkan lebih 2,000 peminat pada malam tersebut.Persembahan Fabio mendapat sorakan peminat. Teruja bertemu peminat, penyanyi itu tidak menjadikan masalah kesihatan sebagai penghalang untuk menyampaikan lagu-lagu seperti Berharap Kau Kembali, Tanpa Rasa Bersalah serta Rumah Singgah.Peminat juga turut dihiburkan dengan persembahan duet dua penyanyi itu menerusi lagu Semusim dan Kota Ini Tak Sama Tanpamu dalam konsert berdurasi 2 jam 15 minit itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!