TERBUKA menerima teguran, penyanyi Ernie Zakri turut memohon maaf susulan pelbagai komen kurang menyenangkan terhadap penampilannya dalam sebuah acara sebelum ini.Bagi Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, setiap pandangan yang diberikan membuka mata untuk dia lebih berhati-hati dalam menjaga imej sebagai seorang penyanyi. "Saya hanya manusia biasa. Bila orang beri teguran, saya terima dengan terbuka. Tidak perlu nak berlawan. Kadang-kala kita lihat dengan mata sendiri, namun terlupa ada pandangan luar juga yang harus diambil kira. Ernie mengambil kira setiap teguran untuk perbaiki diri. "Saya mohon maaf kalau penampilan itu membuatkan sesetengah pihak rasa kurang senang atau mereka rasa tidak selesa."Komen-komen itu membuat saya tersedar. Jadi saya duduk berbincang dengan pasukan pengurusan supaya tiada lagi penampilan sebegitu pada masa akan datang. Saya kena jaga imej saya dan setiap yang berlaku itu ada hikmah," katanya kepada mStar.Ernie ditemui selepas acara pertunjukan fesyen koleksi Zaimi Zulkafli bersempena Kuala Lumpur Fashion Week 2026 pada Sabtu yang turut menyaksikan pelancaran lagu terbaharunya berjudul Sejambak Bunga.ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri mohon jangan cepat ‘judge’ lagu baharu, kena tonton filem dulu untuk dapat emosi ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri tegur sikap suka cari salah lagu baharu… “Baju raya kita pun taste berbeza, apatah lagi muzik”Sebagai seorang selebriti, penyanyi ini juga sedar setiap tindakannya boleh mempengaruhi banyak pihak.Justeru, Ernie tidak mahu penampilan yang kurang menyenangkan menjadi contoh kepada wanita lain."Apabila berhijab, tanggungjawab saya cukup besar. Saya tak boleh ambil mudah perkara ini. Jika ada yang baru nak bertudung dan jadikan saya contoh, itu juga sudah menjadi tanggungjawab saya. Jadi jangan tiru penampilan itu. Komen-komen itu membuat saya tersedarERNIE ZAKRI PENYANYI "Saya juga masih belajar. Setiap kali berjumpa dengan pereka fesyen, masih lagi berbincang tentang perkara-perkara teknikal yang perlu diambil kira," ujarnya.Sementara itu, bercakap tentang lagu terbaharunya, menurut Ernie, ia juga melambangkan permulaan era baharu dalam perjalanan kerjaya seni.Lagu Sejambak Bunga menjadi tanda fasa baharu kerjaya seni Ernie. Bukan sekadar tampil berbeza dalam penghasilan lagu, malah kerjasama dengan Zaimi Zulkafli juga bakal menyediakan penampilan berbeza buat Ernie."Sebab saya bekerjasama dengan jenama ini adalah supaya peminat lebih faham era baru yang ingin dibawakan. Apa yang orang nampak secara visual, itulah perubahan Ernie Zakri," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!