suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zulin Aziz capai berat badan 54kg, akui cabaran untuk kekalkan

Zulin menjaga penampilan agar nampak tidak terlalu berisi di hadapan kamera.

PELAKON Zulin Aziz memberitahu usaha menurunkan berat badan dilakukan demi tuntutan kerja sebagai pelakon.

Kata Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, dia mengamalkan penjagaan dalam pengambilan makanan sehingga berjaya mendapatkan berat badan yang diinginkan.

"Kalau tuntutan kerja memerlukan anda kelihatan dalam penampilan tertentu untuk menjayakan watak tersebut, jadi kenalah diet.

Zulin berkongsi usaha menurunkan berat badan demi kerjaya. 

"Sekarang ini berat badan saya 54 kilogram. Tinggal nak bersenam dan kekalkan sahaja," katanya dalam satu hantaran di Threads.

Tambahnya, usaha untuk mengekalkan berat badan ideal juga merupakan satu cabaran yang lebih besar berbanding menurunkannya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz kunci mulut punca cerai, mahu jaga aib dan silaturahim bekas suami… “Biarlah menangis di rumah saja” 

ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz sah bercerai, selesai tempoh idah

"Cabaran sebenar? Nak kekalkan," jelasnya.

Zulin turut berkongsi tangkap layar sebuah laporan media tentang proses dia menurunkan berat badan agar penampilannya kelihatan lebih langsing ketika beraksi di hadapan kamera.

Sebagai seorang pelakon, dia juga sedar akan keperluan menjaga penampilan mengikut kesesuaian paparan visual di hadapan kamera.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain