suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Macam tak rasa bersalah“ - Ruhainies ambil tindakan, vendor makanan salah guna nama untuk pemasaran

TIDAK berdiam diri, pelakon Ruhainies mengambil tindakan undang-undang terhadap satu pembekal makanan (vendor) yang didakwa menggunakan namanya bagi tujuan pemasaran.

Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, berkata isu tersebut tercetus susulan sambutan ulang tahun kelahirannya yang dianjurkan kelab peminat pada 4 Ogos lalu.

Menurut Ruhainies, pembantu peribadinya (PA) menghubungi vendor berkenaan untuk mendapatkan potongan harga dan bukannya meminta tajaan seperti yang didakwa.

Ruhainies jelaskan salah faham yang berlaku melibatkan namanya.

“Selepas isu ini kecoh di Threads, saya ada bertanya kepada PA saya, ‘awak ada minta tajaan ke?’ Tapi sebenarnya dia minta potongan harga.

“Dekat laman web harga RM300, tapi bila mesej dan sebagainya, pihak tersebut beritahu harga RM480. Mungkin ada kos tambahan atau apa, saya tak pasti.

“Jadi apabila tahu harga RM480, PA saya minta diskaun RM80,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies hidup mewah hasil kerja keras, bukan ‘ditaja‘ lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies raih pendapatan hingga RM100,000 sebulan

Menurutnya, isu tersebut sebenarnya boleh diselesaikan secara peribadi tanpa perlu dibawa ke media sosial.

“Bagi saya, kalau dia okey untuk bagi diskaun, bagilah. Tapi kalau tak nak bagi pun okey. Tidak sepatutnya pihak mereka gunakan pemasaran yang tidak baik.

“Mereka nak padam nama saya tetapi tidak padam secara betul-betul. Sebelum itu saya sudah pesan kepada PA saya untuk berhati-hati kerana takut orang ambil kesempatan.

“Mereka tahu saya senang tular. Nak buat orang benci senang, nak bagi suka susah,” ujarnya.

Permohonan maaf itu bukan ditujukan kepada saya secara peribadi.

RUHAINIES

PELAKON

Mengulas lanjut, Ruhainies berkata pihaknya terlebih dahulu menghubungi vendor berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sebelum mengambil tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang respons diterima daripada vendor tersebut.

Malah percaya vendor berkenaan hanya bertindak memadam hantaran dan membuat permohonan maaf selepas hantaran tersebut tular dan mendapat perhatian ramai.

“Tapi permohonan maaf itu bukan ditujukan kepada saya secara peribadi. Dia cakap kepada sesiapa yang terkesan dengan saya.

Ruhainies tekad ambil tindakan untuk bersihkan namanya.

“Macam dia tak ada rasa bersalah. Jadi saya tahu dia memang sudah rancang dari awal, memang untuk pemasaran. Template permohonan maaf itu pun saya tahu dia sudah buat awal,” kongsinya.

Dalam pada itu, peguam Ruhainies kini sedang mendapatkan alamat pihak berkenaan bagi membolehkan surat tuntutan dihantar.

Tegasnya, dia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didakwa cuba menjejaskan reputasinya untuk kepentingan tertentu.

“Semestinya saya tak akan bagi muka kepada sesiapa yang mainkan nama saya untuk tujuan promosi atau apa-apalah.

Ruhainies sudah puas dipergunkan oleh pihak tidak sepatutnya.

“Mungkin dulu-dulu saya banyak kali kena. Malah sejak saya masuk dalam industri lagi, orang suka untuk aniaya.

“Saya rasa lepas ini sesiapa yang cuba untuk aniaya atau menjatuhkan, walaupun kita tahu akan ada balasan daripada Allah, tapi kita ada undang-undang, kenapa tidak?” luahnya.

Sebelum ini, nama Ruhainies hangat diperkatakan netizen susulan tular tangkap layar perbualan pembantu peribadinya bersama seorang vendor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain