suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya pun emosilah“ - Netizen keliru, Sherry Alhadad kesal fizikal dihina susulan kes Rocky

Sherry tidak suka keruhkan keadaan yang tidak melibatkan dirinya.

BUKAN sekali dua namanya disalah anggap sebagai individu lain, namun pelakon dan pengacara Sherry Alhadad tidak menyangka kekeliruan itu akhirnya menyebabkan dirinya menjadi sasaran serangan netizen.

Sherry, 41, berkata pada awalnya dia memilih untuk tidak mengendahkan perkara tersebut, namun mula berasa terganggu apabila komen yang dilemparkan semakin keterlaluan sehingga menyentuh aspek fizikal.

“Saya dah biasa dah! Orang salah saya dengan Mimi Lana pun saya dah biasa dah!

Sherry terkejut jadi kecaman netizen.

“Ceritanya saya bangun tidur, tiba-tiba tengok Threads. Wow! Apa saya buat? Saya pun buka dan nampak orang marah-marah, cakap macam-macam.

“Mula-mula saya buat tidak tahu sahaja. Tapi makin ke petang sampai malam, serangan itu dah jadi secara fizikal. Saya pun emosilah,” katanya kepada mStar.

Menurut Sherry, dia kemudian mengambil pendekatan berseloroh sambil menjelaskan bahawa dirinya bukan individu yang dimaksudkan, malah ketika kejadian itu dia hanya berada di rumah bermain ‘squishy’.

ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Alhadad tak sentap ditanya soalan jodoh tiap kali raya

ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Alhadad terpegun lihat ketampanan ‘Abang Jagung’, tak tolak berjodohan lelaki luar negara

Katanya tindakan untuk bersuara di media sosial adalah bagi membetulkan keadaan selepas dirinya diserang secara tiba-tiba

“Benda itu jadi komedi dan lawak. Bukanlah saya tulis benda macam itu untuk mengeruhkan keadaan atau nak tunjuk siapa salah siapa betul. 

“Saya sekadar membetulkan keadaan. Sebab yelah, kita diserang hendap. Lainlah kalau kita yang buat macam itu, kita fahamlah.

Tak naklah tiba-tiba satu malam berubah segalanya.

SHERRY ALHADAD

PELAKON/PENGACARA

“Pada saya, pendapat orang berbeza-beza. Cuma terkejutlah bila tiba-tiba diserang macam itu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia bukan individu yang gemar berkongsi pandangan mengenai isu semasa di media sosial dan lebih selesa menjalani kehidupan tanpa memikirkan perkara yang tidak berkaitan dengannya.

“Saya bukan jenis orang yang sangat memberi pendapat di media sosial. Kalau nak buat apa-apa pun saya akan fikir, ‘Malaslah aku.’ 

Sherry tidak suka terlibat dengan isu yang tidak sepatutnya.

"Selagi benda itu tidak mengganggu pekerjaan dan keluarga, saya tak nak fikir sangat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sherry berkata mengambil masa yang lama untuk membina nama dalam industri dan mendapatkan kepercayaan orang ramai, justeru tidak mahu segala usaha tersebut musnah disebabkan perkara yang tidak sepatutnya.

“Kita bukan masuk dalam industri ini dengan total package. Jadi untuk buat orang percaya dengan bakat saya itu ambil masa yang lama. Tak naklah tiba-tiba satu malam berubah segalanya,” luahnya.

Sebelum ini, nama Sherry dipetik netizen hanya gara-gara keliru dengan aktres Sherry Ibrahim yang ketika itu lantang bersuara mengenai nasib seekor anjing bernama Rocky.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain