SERING diaju soalan mengenai jodoh setiap kali Aidilfitri, pengacara Sherry Alhadad mengakui tidak pernah berasa terganggu dengan pertanyaan tersebut.Sherry atau Sharifah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad, 42, berkata dia menganggap soalan tentang perkahwinan sebagai tanda orang sekeliling mengambil berat terhadap dirinya. "Di usia begini masih ada yang bertanya tentang kahwin di waktu hari raya. Sherry reda sekiranya masih direzekikan untuk hidup solo."Sudah tentulah bila ada soalan bila nak kahwin itu kita jawab saja insya-Allah ada rezeki kahwin. "Kalau orang tanya saya tak marah sebab maksudnya mereka ambil berat. Saya okay saja," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Sherry memberitahu keluarganya juga tidak pernah memberi tekanan berkaitan soal jodoh meskipun ada yang cuba membantu mencarikan pasangan.ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Alhadad terpegun lihat ketampanan ‘Abang Jagung’, tak tolak berjodohan lelaki luar negaraARTIKEL BERKAITAN: Sherry Alhadad terbuka soal jodoh, tiada masalah jika gaji suami lebih rendah"Saya okay saja kalau mak carikan jodoh tetapi susah juga sebab kawan-kawan pun ada nak tolong jodoh-jodohkan. Tapi selalu tak kena. "Terus terang bila di usia begini saya dah tak fikir sangat sebenarnya fasal jodoh ini. "Saya berusaha juga tetapi ada satu tahap rasa macam dah reda," ujarnya. Dalam masa sama, Sherry tidak menafikan dia tetap mempunyai keinginan untuk berumah tangga seperti orang lain.Sherry tidak pernah ditekan oleh keluarga berhubung soal jodoh."Saya nak berkahwin. Saya mahu hidup berteman dan berkeluarga macam orang lain. "Namun sekiranya ini ketentuan-Nya, saya okay dengan takdir ini. Tidaklah saya berharap sangat. Setiap malam saya berdoa. "Saya tak terasa sangat bab kahwin ini sebab mak tak pernah tanya bila nak kahwin. Bila mak okay kita pun tak rasa tertekan," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube