suria

Uqasha Senrose dakwa Kamal Adli beli baju raya anak tak ikut saiz… “Tak muat, Qeeya belum masuk dua tahun pun lagi ayah”

Uqasha terpaksa mencari baju raya baru buat Hawra.

PELAKON Uqasha Senrose terpaksa mencari pakaian baharu buat anak tunggalnya, Hawra Uqaira pada saat akhir selepas busana raya yang dibeli bekas suaminya iaitu aktor Kamal Adli tidak muat.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, berkata, baju yang dibeli Kamal terlalu besar memandangkan Uqaira belum memasuki usia dua tahun. 

“Saat akhir cari baju raya Uqaira. Dua hari lepas sebelum ayah (Kamal) balik kampung, ayah bagi baju raya Qeeya (Uqaira) saiz tiga dan empat.

Luahan Uqasha dalam Instastorynya pada malam Jumaat. 

“Tak muat, Qeeya belum masuk dua tahun pun lagi ayah. Harapnya ada lah baju, sudah dua hari cari,” katanya dalam InstaStory miliknya pada malam Jumaat. 

Sehinga artikel ini diterbitkan, Uqasha hanya selesai membeli kasut dan beg buat anaknya itu. 

“Tadi hanya sempat beli kasut raya dan dia nak beg tangan. Comelnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kembali ke zaman bujang, raya pun tak rasa teruja macam dulu” - Kamal Adli

ARTIKEL BERKAITAN: Terpancar wajah ceria Kamal Adli jumpa anak, ramai tumpang gembira lihat ‘Ketua Presiden’ bahagia

“Kita cari lagi okay! Mana nak cari baju bayi sekarang ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Kamal semasa ditemu bual media berkata dia sudah menyediakan pakaian raya buat anaknya meskipun mereka tidak dapat beraya bersama.

Kamal dan Uqasha sah bercerai pada 12 Januari lalu. 

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain