PENGACARA Sherry Alhadad mengakui terpegun melihat ketampanan peniaga viral yang mesra dengan sapaan Abang Jagung semasa berada di Istanbul, Turkiye baru-baru ini.Kata Sherry atau Sharifah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad, 41, awalnya dia langsung tidak mengetahui tentang kewujudan lelaki berkenaan, namun menjadi teruja selepas menerima banyak cadangan daripada orang ramai yang memintanya mencari individu popular itu. Malah dia gigih melalui jalan berbukit untuk menemui jejaka berkenaan sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran.Gelagat Sherry dan Abang Jagung jadi perhatian.“Sebenarnya saya tak tahu kewujudan abang jagung ini. Tapi bila sampai di Istanbul, ramai suruh saya cari dia. Bila tengok TikTok, memang terpegun dengan ketampanannya."Saya ke sana untuk pengambaraan dan selepas tamat sahaja kami bergegas ke tempat berkenaan. Kami jumpa lokasi lelaki berkenaan melalui orang ramai yang tag lokasinya di TikTok ," katanya kepada mStar.Berkongsi pertemuan tersebut, Sherry memuji sikap Abang Jagung yang disifatkan sangat peramah dan pandai melayan peminat.ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka viral Istanbul buat Sherry Alhadad tersenyum, beritahu Presiden UTV dah jumpa hero telefilem ‘Kekasihku Abang Jagung’... Bell Ngasri pula tanya ‘best’ ke jagung dia?ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Alhadad terbuka soal jodoh, tiada masalah jika gaji suami lebih rendahKatanya peniaga tersebut juga tidak lokek melayan permintaan bergambar termasuk daripada pelancong luar negara.“Dia memang peramah. Mungkin sebab dia sedar dia terkenal. Dia tahu macam mana nak layan peminat. Bila saya beritahu saya dari Malaysia, dia tahu memang ramai orang Malaysia minat dia.“Orang dari pelbagai negara nak bergambar dengan dia. Saya rasa dia single, tapi saya pun tak pasti," luahnya.Dalam pada itu, Sherry secara terbuka mengakui dia tidak menolak jodoh dari luar negara, namun masih belum berjaya mencuri perhatian jejaka di negara luar.“Saya tak menolak jodoh dari luar negara, cuma mereka tak pandang saya langsung. Saya tak kisah asal pasangan itu sesuai dengan saya, hormat keluarga dan kawan-kawan,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube