RUPA paras penyanyi Ayu Damit pernah menjadi bahan ejekan sehingga memberi kesan besar terhadap kesihatan mentalnya.Ayu atau nama sebenarnya Noruayu Damit, 37, berkata sepanjang hampir dua dekad bergelar anak seni, dia kerap berdepan kritikan negatif termasuk dilabel tidak layak menjadi penyanyi kerana berimej kampung serta tidak cantik. Malah, ada juga pihak yang meramalkan masa depannya dalam industri hiburan tidak akan bertahan lama. "Saya pernah sangat kecewa, terasa hati dan tersinggung. Bila orang kata wajah saya kampung, tak cantik dan tak sesuai jadi penyanyi.Ayu akui berasa tertekan dengan perkara tersebut. "Lama kelamaan ia masuk ke dalam kepala. Dari situ saya mula alami kemurungan," katanya kepada mStar.Jelas pelantun lagu Hanya Di Mercu itu, kritikan yang diterima bukan hanya sekali, sebaliknya berlaku secara berterusan sehingga menjejaskan keyakinan diri.Tambah Ayu, walaupun sudah berusaha tampil lebih kemas dan cantik ketika membuat persembahan, dia tetap menjadi sasaran kecaman netizen."Bila saya cuba tampil lebih cantik, orang kata saya berlebihan. Bila saya jaga penampilan, masih ada yang tak puas hati. Apa sahaja yang saya buat, tetap salah."Ada yang sampai sanggup cakap suami saya tak pandai didik isteri. Ada yang hina cara saya bertudung, kata ketat macam pakai pembalut nangka.ARTIKEL BERKAITAN: Sasar gelaran Doktor Falsafah, Ayu Damit mahu jalani hidup lebih tenang pada usia 45 tahunARTIKEL BERKAITAN: Kos hanya RM3,500, Ayu Damit kongsi pengalaman tunai umrah DIY... “Masa lebih fleksibel sebab tak terikat dengan jadual”"Saya manusia biasa. Saya ada perasaan. Saya boleh kuat di luar, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa peritnya saya simpan semua itu," ujarnya.Selepas melalui fasa sukar sehingga berdepan kemurungan akibat tekanan dan kecaman, Ayu mengambil langkah betul dengan mendapatkan khidmat nasihat pakar.Menurut Ayu, pertemuannya bersama seorang doktor yang lebih dikenali sebagai Dr Healing membuatkan dirinya kembali tenang seperti sedia kala.Dr Healing atau Dr Hisham Dzakiria berkata, sebagai seorang selebriti, Ayu tidak boleh terlalu memberi ruang kepada suara-suara negatif yang cuba menjatuhkannya."Dalam konteks situasi Ayu, kita harus tahu bahawa nama, status atau gelaran bukan sebab utama ujian datang. Setiap manusia akan melalui fasa jatuh dan bangkit dalam hidup.“Saya selalu ingatkan kepada Ayu, apa yang penting, kita belajar untuk mengawal reaksi dan emosi.Dr Healing banyak membantu Ayu memulihkan keadaan mentalnya. "Jangan beri ruang kepada suara-suara negatif kerana apabila kita terlalu melayan kita akan hilang fokus, hilang arah dan akhirnya hilang diri sendiri,”katanya. Mengulas lanjut, Dr Hisham berkata tekanan emosi kini bukan lagi isu terpencil, sebaliknya telah menjadi realiti harian yang melibatkan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.Menurutnya, peningkatan kes kemurungan membuktikan kesihatan emosi dan minda perlu diberi perhatian serius sama seperti kesihatan fizikal.“Kami membuka Healing Centre dengan misi untuk menjadikan khidmat kesihatan mental lebih mudah diakses oleh masyarakat. Ini kerana terlalu ramai yang bergelut dalam senyap dengan kemurungan, stres, fobia dan masalah hubungan.“Kami di sini untuk membantu mereka mencari jalan kembali kepada kesejahteraan," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!