PELAKON Nur Fazura memaklumkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini berbeza apabila dia menyambutnya seorang diri tanpa anaknya, Nur Fatima Aisya, di sisi.Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu. "Tahun ini saya raya sendiri. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon ampun maaf zahir dan batin," tulisnya. Fazura kelihatan cantik berbusana pink. Difahamkan, anak tunggalnya itu menyambut hari raya pertama bersama bapanya, Fattah Amin.Sebelum ini Fazura ada memaklumkan yang tahun ini merupakan giliran Fattah Amin untuk beraya bersama puteri tunggalnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap Jumaat penuh satu lori dengan beras dan keperluan asas” - Individu dedah sisi pemurah Nur Fazura, rajin bersedekah tanpa publisiti ARTIKEL BERKAITAN: 17 tahun berkawan baik, Fazura tampil bela Chot… “Satu-satunya sosok ‘lelaki’ di dalam rumah yang ada sifat tanggungjawab”"Tahun ini bersama bapanya. Fatima akan beraya dengan saya pada hari kedua. Itulah keadaannya. "Saya beraya seorang tapi saya okay sahaja. Selagi Fatima gembira, saya sangat gembira,” ujarnya.Fatima raikan Syawal pertama bersama bapanya, Fattah Amin. Untuk rekod, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan Fattah Amin pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 6 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube