PENGALAMAN membesar dalam keluarga yang berpisah membuatkan pelakon Emma Maembong menyimpan satu impian yang tidak pernah tercapai iaitu merakam foto keluarga lengkap bersama ibu dan bapanya.Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32, berkata walaupun kehidupannya bahagia, namun setiap kali menjelang Aidilfitri dia tetap menyimpan keinginan untuk merakam momen indah itu sebagai kenangan. “Saya juga datang daripada keluarga yang berpisah, jadi saya tahu bagaimana rasanya apabila perlu bertukar lokasi dan bertukar baju setiap kali raya.Foto keluarga Emma tak pernah lengkap.“Tipulah kalau tak sedih. Saya pernah berangan kalau dapat ambil gambar keluarga yang ada mama dan ayah dalam satu gambar. Tapi saya tahu benda ini tidak akan terjadi,"katanya kepada mStar.Disebabkan itu, Emma sanggup membayar upah bagi menghasilkan foto yang menggabungkan ibu dan bapanya dalam satu bingkai menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).“Sampai saya bayar orang untuk guna AI kumpulkan keluarga saya sebab memang tiada gambar raya bersama keluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu kabur muka, Emma Maembong mengaku pergi kelab malam… “Saya yang masuk dalam keadaan gembira”ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong sanggup belajar bahasa asing demi tembus pasaran antarabangsa... “Sampai bila nak duduk di tempat sama”“Benda itu tak pernah wujud dan sebagai anak saya memang teringin. Mereka seperti pasangan lain yang sudah berpisah dan membawa haluan masing-masing,” luahnya.Dalam pada itu, Emma berkata pengalaman membesar dalam keluarga yang berpisah membuatkan dia sangat menitikberatkan kesihatan mental serta kenangan zaman kecil terhadap dua orang anaknya.Menurut Emma, sebarang masalah antara ibu bapa sepatutnya diselesaikan tanpa melibatkan anak-anak.“Saya nak anak-anak membesar dengan ada gambar keluarga yang lengkap. Walaupun sudah tidak bersama, sekurang-kurangnya ada satu gambar yang ada mak dan ayah.“Sebenarnya ia bagus untuk jaga kesihatan mental mereka. Masalah ibu bapa biarlah di belakang, anak-anak paling utama,” jelasnya.Emma sentiasa ambil foto keluarga bersama anak-anak dan bekas suami.Tambah Emma lagi, demi memastikan anak-anak tidak kehilangan kenangan indah bersama kedua-dua belah keluarga, dia juga mengekalkan hubungan baik dengan keluarga bekas suaminya.Jelasnya, menjadi satu amalan setiap kali Aidilfitri untuk dia membawa anak-anak beraya bersama dengan bekas suami.“Walaupun saya dan bekas suami sudah tak bersama, saya nak mereka nampak mama dan baba mereka masih bersama.“Setiap tahun rutin saya akan pergi ke rumah ayah dulu, kemudian ke rumah mama dan beraya rumah bekas suami sebelum ke tempat lain,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube