suria

Aprena Manrose tak terkejut raya seorang, pernah lalui situasi sama tahun lalu

Aprena tetap gembira beraya bersama keluarga.

PELAKON Aprena Manrose mengakui sudah bersedia menyambut Aidilfitri seorang diri selepas melalui situasi sama tahun lalu.

Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, berkata pengalaman beraya seorang diri sebelum ini seakan-akan menjadi latihan untuk menghadapi keadaan sebenar pada tahun ini.

Walaupun begitu, Aprena berkata dia reda dengan segala ketentuan Ilahi dan bersyukur kerana masih dapat menyambut hari raya bersama keluarga.

Aprena sudah biasa beraya seperti orang single.

“Bukan kali pertama pun sebab tahun lepas saya sudah raya seorang. Tahun lepas ibarat macam 'latihan' untuk tahun ini. 

“Waktu itu kami sudah berpisah cuma belum sah. Namun saya sudah membiasakan diri. Tak sangka pula tahun ini memang betul-betul raya seorang,” katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai perbezaan beraya sebagai wanita solo pada tahun ini, Aprena memberitahu sambutan raya kali ini lebih tertumpu kepada keluarganya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki serius ajak berkahwin, Aprena Manrose belum bersedia cari jodoh baharu… Mahu nikmati hidup 'single'

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak nak fikir fasal orang, takut saya jadi gila” - Aprena Manrose kebal hadap kecaman, enggan kongsi punca kembali ‘free hair’

Katanya dia akan beraya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke Kelantan pada hari raya kedua.

“Bezanya dulu saya kena fokus kepada dua-dua belah pihak, tapi sekarang lebih kepada keluarga saya.

“Jadi bolehlah saya pergi ke rumah makcik dan pakcik sebelah keluarga saya,” kongsinya.

Dalam pada itu, Aprena memberitahu bapanya menetapkan tema warna putih pada Aidilfitri tahun ini.

Aprena fokus beraya bersama keluarga.

Jelasnya, tema berkenaan sekali gus digunakan dalam muzik video lagu raya bapanya yang berjudul Lebaran Datang Lagi.

"Cuma tahun ini sibuk juga bantu ayah siapkan muzik video raya dia. Jadi segala persiapan semuanya dilakukan pada saat akhir," ujarnya.

Untuk rekod, Aprena pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016.

Bagaimanapun pada Jun 2025 Aprena mengumumkan dia sudah bercerai tanpa mendedahkan tarikh sebenar mahupun punca perpisahan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain