BAHARU sebulan kehilangan ibu tercinta, pelakon Puteri Aishah tidak dapat menahan sebak apabila ditanya mengenai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.Puteri, 31, berkata, sambutan lebaran kali ini akan diraikan secara sederhana memandangkan hatinya masih lagi dirundung kesedihan atas pemergian insan tersayang. Menurut Puteri, dia juga merancang pulang ke kampung halaman arwah ibunya di Port Dickson, Negeri Sembilan selepas beraya bersama keluarga mentua.Puteri dan suami sambut raya secara sederhana.“Lepas beraya dengan mentua, saya akan pulang ke Port Dickson untuk ziarah kubur mama dan beraya bersama adik saya kerana dia masih bujang. Kesian dia beraya seorang.“Tahun ini saya tak buat persediaan sangat. Sambutan raya saya sederhana saja. Selalu beli barang raya dengan mama, jadi susah sikit nak buat persediaan tahun ini,” katanya kepada mStar.Bercerita lanjut mengenai keadaan arwah ibunya sebelum meninggal dunia, Puteri memberitahu Allahyarham sudah hampir 10 tahun berjuang melawan kanser rahim.ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Aishah tak perlu pembantu rumah, pilih urus anak sendiriARTIKEL BERKAITAN: Minta izin dulu sebelum sentuh... Puteri Aishah trauma anak sakit selepas dicium orang luarKata Puteri, keadaan ibunya mula merosot sejak Disember tahun lalu selepas sel kanser tersebut merebak ke bahagian hati.“Mama sudah hidap kanser hampir 10 tahun. Dalam tempoh itu ada masa dia okay, ada masa tidak. Sejak Disember tahun lalu keadaan kesihatannya sudah tak berapa baik apabila sel kanser sudah merebak ke hati.“Doktor juga kata mama dah tak boleh buat kemoterapi atau rawatan lain sebab badan dia sudah tak mampu,” ujarnya. Masa dalam hospital lagi doktor sudah beritahu mama dah tak lama.PUTERI AISHAHPELAKONTambah Puteri, keluarga kemudian membuat keputusan untuk menjaga arwah ibunya di rumah selepas keluar dari hospital.Bagaimanapun, hanya seminggu selepas pulang dari hospital, ibunya menghembuskan nafas terakhir.Lebih menyentuh hati, Puteri berkata dia tidak sempat berada di sisi ibunya pada saat akhir kerana sedang menjalani penggambaran.“Ada hari saya bersama mama, tapi hari itu saya pergi ke set penggambaran dan hanya sempat buat tiga babak saja. Kemudian saya dapat panggilan minta balik segera. Masa dalam perjalanan pulang itu mama sudah tiada.Puteri terkilan tak dapat tempat arwah ibu saat akhir.“Sebenarnya masa dalam hospital lagi doktor sudah beritahu mama dah tak lama,” katanya.Menurut Puteri, ketika itu dia hanya berbaki tiga hari lagi penggambaran dan memilih untuk menyelesaikan kerja terlebih dahulu agar tidak menyusahkan pihak produksi.“Masa itu saya tinggal tiga hari lagi penggambaran. Kalau saya tangguh nanti akan susahkan kru produksi.“Jadi saya fikir saya habiskan dulu kerja, lepas itu nak jaga mama. Tapi mungkin bukan rezeki saya untuk lihat dia sebelum pergi,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube