suria

Puteri Aishah tak perlu pembantu rumah, pilih urus anak sendiri

Puteri Aishah sebelum ini hanya fokus untuk membesarkan anak pertamanya.

PELAKON Puteri Aishah lebih selesa menguruskan anak tanpa bantuan pembantu rumah kerana mahu memberikan sepenuh perhatian. 

Puteri Aishah atau Puteri Aishah Sulaiman, 31, berkata, keputusan itu dibuat kerana dia dan suami, Muhammad Firdaus masih mampu menguruskan anak, malah berasa lebih tenang apabila tanggungjawab itu diuruskan bersama.

Kata Puteri Aishah, suaminya yang kini bekerja dari rumah (WFH) turut memainkan peranan besar dalam menjaga anak ketika dia keluar bekerja.

Puteri Aishah (kanan) dan suami lebih selesa menjaga anak sendiri tanpa pembantu.

"Suami saya sekarang WFH jadi kebanyakkannya memang dia yang jaga bila saya keluar bekerja. Kalau tak dapat nak jaga kami akan upah baby sitter. 

"Saya tiada pembantu rumah. Bukan tak percaya tetapi kami masih boleh menjaga anak sendiri.

"Alhamdulillah anak pun tak banyak ragam. Jadi kami buat keputusan untuk tidak ambil pembantu," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Minta izin dulu sebelum sentuh... Puteri Aishah trauma anak sakit selepas dicium orang luar

ARTIKEL BERKAITAN: Bentuk tubuh bukan keutamaan Puteri Aishah, paling penting cukup susu buat anak

Ditanya mengenai pembabitan semula dalam bidang lakonan, Puteri Aishah mengakui bukan mudah untuk berpisah dengan anak apabila kembali ke set penggambaran drama.

"Sebelum ini saya selalu terfikir macam mana nak berpisah dengan anak. Saya menangis bila tengok dia tidur dan esoknya saya keluar pergi kerja," ujarnya. 

Dalam masa sama, Puteri Aishah meluahkan rasa teruja apabila dapat kembali beraksi di hadapan kamera selepas berehat panjang untuk memberi tumpuan kepada kehamilan dan membesarkan anak. 

Saya tiada pembantu rumah. Bukan tak percaya tetapi kami masih boleh menjaga anak sendiri.

PUTERI AISHAH

PELAKON

"Hampir dua tahun saya berehat. Saya dah biasa kerja sebelum ada anak, kemudian tiba-tiba cuti dua tahun sebab hamil. 

"Waktu awal kehamilan patutnya saya dah tanda tangan kontrak drama tetapi disebabkan asyik tangguh penggambaran, perut pun dah nampak jadi terpaksa tukar pelakon. 

"Selepas itu saya hanya berehat untuk beri fokus pada kehamilan. Selepas melahirkan, bayi pula menyusu badan jadi memang fokus saja untuk anak," katanya. 

Untuk rekod, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Firdaus pada November 2021.

Puteri Aishah teruja kembali semula ke set penggambaran drama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faliq yang dilahirkan pada 4 April tahun lalu. 

Dalam perkembangan lain, Puteri Aishah bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Khianat Yang Terpilih. 

Selain Puteri Aishah, drama Khianat Yang Terpilih turut dibintangi Ikmal Amry, Amyra Rosli dan Ben Amir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain