TAHUN pertama menyambut Aidilfitri selepas dikenali sebagai selebriti, pelakon Zairi Aziz tetap memilih untuk meraikannya secara sederhana bersama keluarga tercinta.Menurut Zairi, 23, walaupun kini semakin dikenali ramai, cara dia menyambut hari raya masih sama seperti dahulu dan tidak banyak berubah. "Sebenarnya sama sahaja, saya akan smabut dengan keluarga, selepas itu barulah saya akan pergi rumah kawan dan lain-lain. Saya akan beraya dekat Hulu Langat, Selangor.Zairi sambut perayaan Aidilfitri sama seperti sebelum ini. "Walaupun tahun ini bergelar selebriti, tetapi saya tidaklah bermewah-mewah. Saya lebih suka untuk beraya dengan cara sebelum ini."Bagi saya tiada sebarang perbezaan pun kerana apa yang penting dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga," katanya kepada mStar. Menurut Zairi, momen berkumpul bersama keluarga tetap menjadi keutamaan setiap kali menyambut Aidilfitri walaupun kerjayanya dalam bidang seni semakin sibuk. ARTIKEL BERKAITAN: Pemergian ibu beri kesan mendalam, Nasha Aziz belum sedia kembali berlakon... “Saya ambil masa bertenang dahulu”ARTIKEL BERKAITAN: Nasha Aziz bersihkan kubur sambil ‘catwalk’, Tuhan beri rezeki cantik untuk berbaktiDalam pada itu, Zairi tidak merancang untuk mengadakan rumah terbuka pada tahun ini kerana jadualnya yang padat."Tahun ini tidak ada rumah terbuka sebab saya masih terikat dengan penggambaran drama. Mungkin lain kali."Cuma perbezaan raya tahun ini saya berkesempatan untuk bagi lebih duit raya," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube