suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang Alyah meninggal dunia pada pagi 2 Syawal

Alyah sebak kenang pertemuan terakhir.

PENYANYI Datin Alyah berkongsi khabar duka apabila abangnya meninggal dunia pada pagi Hari Raya kedua.

Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan, 45, berkata abangnya, Ameran Abu Hassan menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Ahad.

“Abang saya Ameran Abu Hassan telah kembali ke rahmatullah subuh tadi.

Alyah kongsi mengenai perkembangan abangnya.

“Jenazah masih berada di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Tambah Alyah, urusan pengurusan jenazah akan dilakukan di rumah ibunya di Kampung Melayu Gelang Patah, Johor Bahru.

“Saya minta kepada sesiapa yang mengenali arwah abang saya dan ingin memberi penghormatan terakhir.

“Saya alu-alukan hadir ke rumah mak saya tengah hari ini bagi persinggahan terakhir arwah.

ARTIKEL BERKAITAN: Alyah, Ayu dan Idayu hampir putus asa, showcase jadi langkah awal ke konsert besar

ARTIKEL BERKAITAN: Alyah jadi pencetus idea, The Fabulous Cat hidup semula selepas 10 tahun menyepi

“Saya juga memohon agar kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat arwah,” ujarnya.

Bagaimanapun, Alyah tidak berkongsi lanjut mengenai punca kematian abangnya.

Sementara itu dalam satu perkongsian berbeza Alyah juga memaklumkan kali terakhir bertemu Allahyarham adalah pada Jumaat. 

“Betul-betul harap dapat jumpa Syawal kali ini. Tak sangka Jumaat adalah untuk kali terakhir,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain