suria

Alyah jadi pencetus idea, The Fabulous Cat hidup semula selepas 10 tahun menyepi

Cat teruja The Fabulous Cat berkumpul kembali.

KUMPULAN The Fabulous Cat yang dikhabarkan sedang merakamkan semula lagu Papa Jahat nyata mencuri perhatian netizen.

Mengulas mengenai perkara itu, Cat Farish, 51, berkata idea untuk menghidupkan kembali kumpulan tersebut telah dicetuskan oleh Datin Alyah yang juga bekas anggota The Fabulous Cat.

"Daripada ramai-ramai bekas ahli, idea ini datang daripada Datin Alyah dan ia macam magik. Dia terus bentangkan perancangan untuk The Fabulous Cat.

Datin Alyah muat naik rakaman The Fabulous Cat nyanyi lagu Papa Jahat.

"Jadi sekarang kami serahkan kepada Datin Alyah. Saya fikir umur sudah meningkat bila lagi nak all out. Peminat pun ramai yang minta kami buat comeback," katanya kepada mStar.

Cat berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Ameera Beauty yang berlangsung di Kuala Lumpur pada pagi Isnin.

Menurut Cat, kewujudan semula The Fabulous Cat bertujuan mengimbau kenangan peminat yang pernah membesar bersama lagu-lagu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Cat Farish menumpang rumah kawan, ‘throwback’ seminggu makan nasi berlauk bawang

ARTIKEL BERKAITAN: Cat Farish degil, syukur Shikin Maembong banyak beri nasihat... Bakal muncul lagu angkat janda

"Kami wujudkan semula kumpulan ini pun untuk mengimbau kembali kawan-kawan yang lama dulu yang sokong,  dulu sekolah sekarang sudah berkerja dan berumur.

"Selama ini pun ada yang tidak tahu Datin Alyah merupakan salah seorang ahli Fabulous Cat. Ramai yang ingat Zizi Kirana atau Farhana saja," ujarnya.

Dalam pada masa, Cat memberitahu kemunculan kumpulan yang sudah lama menyepi itu juga peluang untuk dia kekal relevan dalam industri seni. 

"Kalau boleh sebelum adakan konsert nak berlatih dulu untuk cipta keserasian dengan menghadiri persembahan di majlis perkahwinan atau mana-mana majlis anugerah.

The Fabulous Cats rancak terima jemputan persembahan.

"Bagi saya, ini saja cara untuk beritahu orang ramai tentang kemunculan semula kami.  Kami enggan terburu-buru adakan konsert. 

"Baru-baru ini, kami ada buat persembahan di majlis tertutup dan Alhamdulillah orang suka. Setakat ini, sudah ada enam persembahan yang memanggil kami," luahnya.

Selain Cat dan Alyah, The Fabulous Cats turut dianggotai Hairool, Afif, Adeep, Ellie, dan DJ Sumo.

Kumpulan ini aktif dari 2006 hingga 2015 dengan deretan lagu popular seperti Rimas, Lari, Bawa Ku Terbang, Cinta Kosmik dan banyak lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain