KAKAK kepada pempengaruh sensasi, Ameera Khan iaitu Noor Nabila berbangga dengan perjalanan kerjaya adiknya yang semakin menyinar.
Sempena meraikan ulang tahun Ameera ke-25, Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 41, menyifatkan adiknya itu individu luar biasa, namun masih mengekalkan sikap rendah diri.
"Awak sudah capai begitu banyak dalam kerjaya. Pencapaian yang orang lain dalam industri berjuang seumur hidup pun belum tentu dapat rasa.

Perkongsian Nabila di Instagram miliknya.
"Awak terpilih mewakili Malaysia, awak bekerja dengan jenama-jenama antarabangsa yang besar, jelajah dunia, dibayar untuk buat apa yang awak suka dan masih kekal rendah diri.
"Orang boleh bercakap fasal awak dan dengki memang akan ada. Tapi tahu tak? Mereka takkan pernah jadi awak," katanya.
Nabila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.
ARTIKEL BERKAITAN: Sekali lagi padam foto bersama, Jefri Nichol dah 'unfollow' Ameera Khan
ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol belum sedia jawab gosip putus cinta dengan Ameera Khan... “Maaf tidak terbuka untuk ditemu bual”
Menurut Nabila, meskipun Ameera mempunyai segala kelebihan tetapi dia berjaya membuktikan segala kejayaan itu adalah hasil usaha dan dedikasi sendiri.
"Awak boleh beli apa saja yang awak nak (selain apa yang mama dan daddy dah manjakan awak).
"Ya awak memang selalu dimanjakan tetapi awak juga boleh berjaya dan itu adalah kehidupan yang seimbang.
"Awak betul-betul hidup dalam impian yang orang lain hanya mampu bayangkan dan paling best awak dapat capai semuanya dengan usaha sendiri," ujarnya.

Nabila (kanan) bangga dengan kejayaan yang diraih oleh Ameera.
Dalam pesanan penuh kasih sayang itu, Nabila turut menggalakkan Ameera untuk terus mengejar impian dan mengumpul pengalaman hidup.
"Sekarang pergilah jadi bintang yang awak inginkan. Terus kumpul memori, rezeki dan cop pasport.
"Kami (keluarga) akan sentiasa ada di sini, bersorak dan bangga dengan awak. Kami sayang kamu baby girl. Selamat hari lahir," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


