MENDAPAT kecaman bertubi-tubi susulan tampil tanpa hijab, pelakon Aprena Manrose terbuka menerima setiap teguran daripada netizen.Bagaimanapun, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, berkata dia memilih untuk tidak terlalu mengambil serius komen negatif yang dilemparkan kerana bimbang ia memberi kesan kepada kesihatan mentalnya. "Saya tak ada jawapanlah, tak boleh nak cakap sebab takut esok jadi lain, lusa jadi lain pula. Setiap orang ada ujian masing-masing. "Mungkin ini fasa saya yang hati sedang rasa ingin buat apa sahaja untuk diri sendiri. Tak nak fikir pasal orang. Kalau fikir, takut saya jadi gila. Kalian tak nak saya gila kan? Saya pun tak nak jadi gila," katanya kepada mStar. Aprena memilih untuk mengikut kata hati berbanding memikirkan tanggapan orang. Aprena mengulas perkara itu ketika ditemui pada Sidang Media Puasa Raya RTM 2026 pada Selasa. Menurut Aprena, dia sudah memberitahu bapanya mengenai keputusan untuk tidak memakai hijab. "Selagi benda itu ayah dan keluarga saya tahu, ia sudah memadai. Tak perlu saya nak bagi tahu apa yang sebenar-benarnya berlaku. "Ayah saya juga faham (mengenai keputusan saya) dan respons dia adalah tidak mengapa, janji tidak tinggal solat," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Aprena Manrose sudah tidak bertudung? Penampilan terbaharu cetus tanda tanyaARTIKEL BERKAITAN: “Saya manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesalahan” - Aprena Manrose jawab isu buka tudungMengulas mengenai penampilannya dalam drama vertikal tanpa memakai hijab baru-baru ini, pelakon asal Kelantan itu mengakui ia hanya tuntutan watak."Ketika ditawarkan mereka (pihak produksi) cakap watak itu tak bertudung dan saya jawab okay, boleh. "Saya ingatkan bila cerita ini tayang nanti baru orang akan bercakap, tapi rupanya masa sesi fotografi lagi dah mula," katanya.Dalam pada itu, Aprena berkata, dia sama sekali tidak terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan netizen terhadap dirinya.Aprena kecewa apabila ada yang mengaitkan isu berkenaan dengan zuriat. Namun anak kepada penyanyi dangdut, Iwan ini mengakui apa yang membuatkan hatinya luluh apabila ada pihak cuba mengaitkan soal zuriat dalam isu hijabnya."Saya faham mungkin mereka tegur sebab sayang. Saya pun rasa sayang dengan tindakan saya ini, tapi hanya saya saja yang tahu dan faham sebabnya. Saya minta maaf."Saya kurang berminat dan sangat terasa apabila ada komen seperti ‘patutlah tak dapat anak’. Sedangkan saya rasa perkara itu tak ada kena mengena langsung. Saya anggap mereka mungkin berfikiran cetek dan tak memahami orang lain. "Sebenarnya saya dah kebal. Sembilan tahun berkahwin tak ada anak, benda itu dah biasa. Cuma saya terfikir, dah cerai pun masih cakap pasal anak lagi ke? Cukuplah. "Kalau saya mengandung tanpa suami nanti lain pula ceritanya. Astaghfirullahalazim," ujarnya. Sebelum ini penampilan Aprena mencuri perhatian apabila dilihat tidak memakai tudung ketika menjalani penggambaran drama Nur Untuk Ariff.