suria

Atiq Azman timang cahaya mata lelaki, pilih nama Raja Muhammad Aaryan

Atiq (kiri) kini bergelar bapa kepada Raja Muhammad Aaryan.

PELAKON Atiq Azman kini bergelar bapa apabila isterinya iaitu Alia Natasha selamat melahirkan bayi lelaki. 

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 26, sekali gus memperkenalkan nama putera sulung mereka, Raja Muhammad Aaryan.

Menurut Atiq, kelahiran anak pertamanya itu merupakan rezeki terindah yang dikurniakan Allah buat mereka sekeluarga.

Atiq (kanan) berkongsi berita gembira tentang kelahiran bayi pertamanya di Instagram.

Atiq (kanan) berkongsi berita gembira tentang kelahiran bayi pertamanya di Instagram.

"Raja Muhammad Aaryan, selamat datang ke dalam keluarga kami, bayi kesayangan kami. Alhamdulillah atas rezeki yang sangat indah dari Allah. 

"Semoga Aaryan membesar menjadi anak yang soleh, kuat, bijaksanaan dan sentiasa dilindungi Allah dalam setiap langkah kehidupan. 

"Semoga Allah merahmati kamu dengan kesihatan yang baik, iman yang teguh, rezeki yang luas dan hati yang sentiasa penuh dengan kasih sayang," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman luah rasa syukur, bakal timang anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Atiq Azman hamil anak sulung, takut kehilangan sebab disyaki kandungan luar rahim

Atiq berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Rabu. 

Dalam masa sama, pelakon drama Nur itu turut menzahirkan penghargaan buat isterinya yang disifatkan sebagai wanita paling kuat pernah dikenalinya.

"Buat isteriku tercinta, terima kasih atas pengorbanan, kesabaran dan kekuatan yang tidak terungkap dengan kata-kata. 

"Awak adalah wanita kuat yang saya kenal dan hari ini menjadi saksi betapa besarnya kasih sayang seorang ibu. 

Atiq (kanan) dan Alia bernikah pada 21 Februari tahun lalu.

Atiq (kanan) dan Alia bernikah pada 21 Februari tahun lalu.

"Terima kasih kerana menghadiahkan keluarga ini sebuah anugerah paling berharga," ujarnya. 

Untuk rekod, Atiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2025.

Pasangan itu mengumumkan bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada Jun tahun sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain