suria

Atiq Azman luah rasa syukur, bakal timang anak lelaki

Atiq dan isteri bersyukur bakal dikurniakan anak sulung lelaki.

PELAKON Atiq Azman mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki dalam sebuah acara gender reveal yang diadakan pada Sabtu. 

Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 25, meluahkan rasa syukur atas rezeki dikurniakan zuriat dan tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata sulung bersama isteri, Alia Natasha. 

"Malam yang tidak akan dilupakan, Alhamdulillah atas anugerah yang indah ini, kami bakal dapat anak lelaki. 

Atiq (kiri) dan isteri teruja bakal timang cahaya mata lelaki.

"Hati kami penuh dengan rasa syukur. Tak sabar untuk bertemu dengan putera kecil kami tidak lama lagi, insya-Allah," katanya. 

Atiq berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam acara kejutan itu kelihatan Atiq dan isteri meletup asap berwarna biru sebagai tanda jantina anak mereka. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Atiq Azman hamil anak sulung, takut kehilangan sebab disyaki kandungan luar rahim

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman buat kejutan hadiahkan Toyota Alphard, isteri menangis tidak percaya

Pasangan ini kemudian berpelukan meraikan berita gembira itu bersama tetamu yang hadir. 

Dalam masa sama, Atiq turut menzahirkan penghargaan kepada keluarga dan rakan-rakan yang hadir serta berkongsi kegembiraan bersama mereka.

"Kami amat bersyukur atas detik ini dan terima kasih kepada semua yang berkongsi kegembiraan bersama kami," ujarnya. 

Untuk rekod, Atiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada 21 Februari lalu. 

Pasangan ini mengumumkan bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada Jun tahun sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain