suria

Boleh sertakan bukti? Puteri Balqis bengang keluarga difitnah penagih… “Jika mahu jadi sundal jangan berani di media sosial saja”

Aqish lantang pertahankan keluarga.

PELAKON Puteri Balqis tampil bersuara apabila ada pihak secara terbuka menuduh dia dan keluarganya mengambil bahan terlarang. 

Berang dengan kata-kata tersebut, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 18, mencabar individu berkenaan menunjukkan bukti atas dakwaan yang dibuat. 

"Setahu saya keluarga saya tak ambil dadah. Semua dari keluarga ini tak pernah sekali pun menggunakan dadah. 

Perkongsian Aqish di Instagram. 

"Kami semua 100 peratus normal waktu kerja dan tidak bekerja. Jadi boleh anda sertakan bukti kukuh?" katanya. 

Aqish menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dia turut berkongsi tangkap layar akaun media sosial seorang wanita yang menuduhnya terlibat dalam penyalahgunaan dadah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh jalin hubungan terlarang, Puteri Balqis perjelas status dua jejaka… “Faris ayah tiri, Didi tunang saya” 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kutuk Puteri Balqis selekeh, ‘private’ akaun lepas kena 12 kecaman

Kata Aqish, individiu itu sepatutnya cermin diri terlebih dahulu sebelum mahu berkata-kata.  

"Boleh cermin diri sendiri betapa murah, jijik perangai anda. Semua fake. 

Aqish berang dituduh mengambil bahan terlarang. 

"Jika mahu jadi sundal jangan berani di media sosial sahaja. Jika mahu jadi sundal jangan kacau keluarga orang lain," tegasnya. 

Bagaikan telah hilang sabar, Aqish juga beranggapan wanita berkenaan bukanlah seseorang yang memiliki personaliti baik. 

"Sebab tengok perangai anda pun dah tahu sundal. Jijik!" luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain