TIGA hari bersangkang mata, pelakon Uqasha Senrose terpaksa menjaga anaknya, Hawra Uqaira yang mengalami batuk teruk.
Bukan sahaja tidak cukup rehat, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, memaklumkan dirinya turut demam, namun tetap tabah berjaga demi memastikan anaknya mendapat penjagaan terbaik.
"Tiga hari kita sama-sama tak dapat tidur malam. Uqaira batuk teruk, ibu pun demam. Empat kali dah pergi klinik.

Perkongsian Uqasha di Instastory miliknya.
"Tak mengapa saya akan berjaga untuk awak (anak). Anak ibu kuat dan ibu pun kena kuat untuk awak," katanya.
Uqasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Menurut Uqasha, walaupun keadaan Uqaira belum pulih sepenuhnya, dia reda dan tetap memberi sepenuh perhatian demi kesihatan anak kecil itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Kamal Adli, Uqasha Sensrose saling ‘unfollow’ Instagram... “Saya rasa itu biasa”
ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli perjelas satu persatu tuduhan, tak pernah abaikan keluarga… “Demi Allah saya sayang isteri dan anak”
Tambahnya, dia hanya sempat melelapkan mata seketika sekitar pukul 5 pagi sebelum perlu bersiap untuk menjalani penggambaran dua jam kemudian.
"Tak mengapa sayang saya tahu awak tak sihat, dah pergi swab di klinik empat kali dan dah bagi Uqaira makan ubat.
"Sekarang ibu boleh tidur sekejap sudah hampir pukul 5 pagi. Nanti pukul 7 pagi ibu kena kerja.

Uqasha mahu memastikan Uqaira (kanan) mendapat penjagaan terbaik.
"Kita tidur sama-sama kejap okay, ibu nak Uqaira cepat sembuh supaya kita berdua boleh dapatkan tidur yang cukup. Nasib ibu dah hari-hari berjaga malam masa awak baru lahir, Alhamdulillah," ujarnya.
Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


