USAHAWAN selebriti, Cheta Pot Pet menjelaskan dia dan penyanyi Ifa Raziah tidak bermasam muka seperti didakwa segelintir pihak, sebaliknya jarang kelihatan bersama kerana wujud perselisihan faham kecil antara mereka.Menurut Cheta atau nama sebenarnya Rozita Baharom, 39, situasi tersebut berlaku berkemungkinan disebabkan perbezaan cara masing-masing menangani sesuatu perkara. “Mengenai dakwaan bermasam muka dengan Ifa, sebenarnya kami tidak bermasam muka. Cuma ada sedikit perselisihan faham.Cheta sudah cuba berbaik dengan Ifa namun tidak berjaya.“Mungkin kerana sifat ego masing-masing. Ifa memang jenis cepat kecil hati. Jadi mungkin ada salah faham kecil yang berlaku dan ia ambil masa untuk reda,” katanya kepada mStar.Cheta berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pada Selasa.Menurut Cheta, dia sudah berusaha untuk berbaik, namun usaha tersebut tidak mendapat maklum balas seperti diharapkan.Malah kata Cheta, dia dan Ifa tidak pernah mempunyai isu besar dan kemungkinan konflik yang berlaku hanyalah berpunca daripada salah faham komunikasi sahaja.ARTIKEL BERKAITAN: Cheta Pot Pet dakwa hospital cuai, alat sulit anak cedera selepas prosedur berkhatan... Mahu saman jika tiada penyelesaian ARTIKEL BERKAITAN: Tersentak selepas tonton drama ‘Keluarga Itu’, Che Ta Pot Pet mula ubah cara layan suami“Saya pun dah cuba untuk berbaik, bukan tak pernah cuba, tapi ditolak.“Jadi saya anggap mungkin saya tidak penting buat masa ini. Tak mengapa, kita beri masa supaya keadaan reda dulu.“Sekarang ini, ruang untuk berdamai memang belum nampak. Bagi saya, saya tak pernah ada isu besar dengan dia,” jelasnya.Ditanya sama ada wujud perasaan rindu selepas lebih enam bulan hubungan mereka dingin, Cheta mengakui dia merindui detik kebersamaan bersama Ifa yang disifatkan seperti kakak sendiri. Saya pun dah cuba untuk berbaik, bukan tak pernah cuba, tapi ditolak.CHETA POT PETUSAHAWAN SELEBRITITambah Cheta, dia memilih untuk menunggu masa sesuai bagi menyelesaikan kemelut tersebut.“Memang rindu setiap momen bersama kerana kami memang rapat. “Mungkin dia rasa macam kakak marah adik. Saya pun jenis mudah terasa dan mulut pun boleh tahan. Jadi buat masa ini, kami sama-sama diam dulu.Cheta dan Ifa sangat rapat dahulu bagaikan adik beradik.“Saya dah hulurkan tangan, tapi belum disambut. Jadi kita tunggu masa yang sesuai,” jelasnya.Dalam perkembangan lain, Cheta bakal membuka booth sempena festival Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026.Festival berkenaan dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) selama empat hari bermula 12 hingga 15 Mac depan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!