suria

Suhaimi Sulaiman sah letak jawatan Ketua Pengarah Penyiaran

Suhaimi melepaskan jawatan.

DATUK Suhaimi Sulaiman mengesahkan sudah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Penyiaran. 

Tidak mempunyai sebarang unsur lain, Suhaimi, 64, memaklumkan dia mengambil keputusan itu kerana mahu memberikan fokus kepada perniagaan yang diusahakan. 

“Ini adalah sebahagian daripada perkembangan kehidupan kita. Akan sampai satu tahap dalam hidup, kita perlu ‘move on’ dan buat perkara lain lah. Saya berumur 64 tahun.

Suhaimi mahu beri fokus pada perniagaan. 

“Sebelum masuk sini (Radio Televisyen Malaysia) saya ada tiga syarikat iaitu kafe, backpackers hostel dan bisnes yang tergendala sekarang ini adalah khidmat perundingan,” katanya kepada mStar. 

Suhaimi memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada Sidang Media Puasa Raya RTM 2026 pada Selasa. 

Menurut Suhaimi, dia juga sudah menghantar surat peletakan jawatan tersebut dan bakal menamatkan perkhidmatannya pada hujung Februari ini. 

ARTIKEL BERKAITAN: Khabar angin Suhaimi Sulaiman letak jawatan Ketua Pengarah Penyiaran 

ARTIKEL BERKAITAN: Suhaimi Sulaiman mampu bawa idea segar untuk transformasi Bernama dalam era digital

Jelasnya lagi, keputusan tersebut turut diterima baik oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. 

“Saya punya notis pengunduran adalah 30 hari. Jadi, saya akan tamat hujung bulan ini, insya-Allah. 

“Menteri pun faham dan terima. Dia pun tanya betul ke, dah nekad ke? Tapi saya maklumkan ini keputusan saya,” ujarnya. 

Suhaimi berkhidmat di RTM selama tiga tahun. 

Bercerita mengenai pengalaman bekerja di RTM selama tiga tahun, Suhaimi memaklumkan ia satu perjalanan yang menarik. 

“Keseluruhannya, saya rasa ia adalah satu pengalaman yang seronok di RTM. Pasukan ini sangat bagus. 

“Saya dapat rasakan yang RTM ini sudah bersedia untuk meluaskan pengaruhnya lagi. Mereka semua ini hebat-hebat,” ujarnya. 

Sebelum ini mStar melaporkan Suhaimi sudah melepaskan jawatan  sebagai Ketua Pengarah Penyiaran.

Difahamkan, tarikh akhir perkhidmatannya di agensi penyiaran terbabit akan berakhir pada 22 Februari depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain