USAHAWAN sensasi, Datuk Aliff Syukri seakan-akan memberi bayangan bakal mengeluarkan single raya baharu tidak lama lagi.Perkongsian yang dimuat naik Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 39, di Instgaram miliknya itu berjaya menarik perhatian ramai termasuk penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengakui tersentuh dengan persembahannya. "Datuk (panggilan Aliff), hati saya sangat tersentuh," kata Siti. Antara rakan-rakan artis yang meninggalkan komen.Dalam pada itu, isteri pelawak dan penyampai radio Johan iaitu Ozlynn turut meninggalkan komen yang mencuit hati.Kata Ozlynn, dia tidak menyangka Aliff mempunyai keberanian sehingga mengundang komen daripada Biduanita Negara."Apa pun awak (Aliff) memang nombor satu. Ini bukan berani kerana benar tapi awak berani buat sampai TokTi (panggilan) komen," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun hasilkan lagu sendiri, Aliff Syukri dedah kos keseluruhan cecah RM1 juta... “Masih ada yang menghina dan mengecilkan saya”ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri bakal terbit drama pendek, janji tak hasilkan karya syok sendiriTidak hanya rakan artis, netizen juga menunjukkan keterujaan menanti single raya terbaru Aliff. "Sempurna datuk, tak sabar nak raya bila dengar lagu raya datuk. "Nanti hari raya wajib pasang lagu raya datuk, mesti semua tetamu saya bahagia dan ceria," tulis netizen. Sementara itu, Aliff sendiri tidak melepaskan peluang mempromosikan dirinya kepada orang ramai yang berminat dengan mengundangnya membuat persembahan dengan tawaran harga sebanyak RM35,000. "Ada yang nak panggil saya show tak? Harga RM35,000 boleh diskaun sikit. Boleh hubungi pengurus saya," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!