PENYANYI Dayang Nurfaizah tampil menjawab khabar angin yang mendakwa dia sudah mendirikan rumah tangga dengan Hael Husaini. Enggan mengulas secara terperinci, Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 46, berkata, sebagai selebriti dia tidak dapat mengelak daripada berdepan dengan gosip cinta. "Bagi saya sebagai selebriti memang gosip-gosip seperti ini selalu ada dan tak boleh nak dielakkan. Dayang akan memaklumkan berita perkahwinannya sekiranya ia benar-benar berlaku."Kalau selalu nak elak kasihan pula pada semua peminat. "Saya harapkan peminat hanya doakan yang terbaik," katanya. Dayang berkongsi perkara itu menerusi temu bual segmen Pagi On Suria yang dimuat naik di Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini mohon maaf, enggan ulas gosip sudah bernikah dengan Dayang NurfaizahARTIKEL BERKAITAN: Peminat ‘kenenkan’ dengan rakan duet, Hael Husaini tak rimas anggap peluang promosi laguDalam pada itu, Dayang turut menegaskan bahawa sekiranya terdapat perkara benar mengenai perkahwinannya yang boleh dikongsi, dia pasti akan memaklumkan kepada peminat."Kalau benda yang betul dan boleh dikongsikan dengan peminat insya-Allah."Untuk peminat semua sabar dan tunggulah. Sudah tentu benda baik saya akan kongsikan kepada semua," ujarnya. Ditanya mengenai persamaan rantai yang dimiliki bersama Hael, Dayang menafikan sebarang spekulasi dan menjelaskan ia hanya kebetulan."Kebetulan rantai ini jenama sama, bukan saya dan dia saja ada. Ramai orang ada. Dayang akui selebriti tidak dapat mengelak daripada gosip cinta."Dia salah seorang sahabat yang baik dan rakan duet yang serasi dengan saya," katanya. Sebelum ini, timbul khabar angin mendakwa Dayang dan Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 39, telah mendirikan rumah tangga. Malah mereka juga dikatakan sudah bertunang pada awal tahun lalu, namun Hael menafikan dakwaan tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!