USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia sudah membelanjakan hampir RM1 juta sepanjang 10 tahun menerbitkan lagu-lagu nyanyiannya.Aliff, atau Aliff Syukri Kamarzaman, 39, berkata, proses merakam dan menghasilkan lagu bukanlah semudah yang disangka, malah, ia memerlukan kos yang tinggi untuk memastikan setiap karya mencapai kualiti terbaik. “Untuk rakam satu lagu, bukan mudah. Setiap lagu boleh menelan belanja lebih RM100,000 termasuk bayaran kepada penari, komposer, pemuzik, penulis lirik dan juga syarikat rakaman. Aliff sudah menyanyi lebih 10 buah lagu."Secara anggaran, saya sudah membelanjakan RM1 juta untuk terbitkan lagu sendiri,” katanya kepada mStar.Bagaimanapun, Aliff mengakui berasa sedikit terkilan apabila lagu-lagunya tidak mendapat tempat di hati sesetengah pendengar.Aliff juga menegaskan lagu-lagu nyanyiannya tetap mendapat sambutan walaupun tanpa sokongan label atau promosi besar-besaran.“Saya sudah menghiburkan rakyat Malaysia selama 10 tahun, tetapi masih ada yang menghina dan mengecilkan saya. Saya hanya ingin menunjukkan bakat saya.ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri bakal terbit drama pendek, janji tak hasilkan karya syok sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri simpan hasrat ‘lamar’ Siti Nurhaliza, sedar tak mampu bayar Biduanita Negara sebagai duta“Walaupun tanpa label dan pemasaran, lagu saya tetap menjadi tular. Ramai orang suka dengan suara saya. "Saya cuma minta satu perkara sahaja, dengar dan hargai bakat saya,” ujarnya.Untuk rekod, Aliff sudah merakamkan lebih 10 buah lagu antaranya Biar Apa Orang Kata, Abang Nak Tegur, Bobo Di Mana, serta lagu-lagu raya seperti Kelepok Raya dan Chu Ku Chuk Raya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!