PELAKON Aprena Manrose mencuri perhatian apabila dilihat tidak memakai tudung ketika menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Nur Untuk Ariff.
Menerusi perkongsian video di sebalik tabir yang dimuat naik oleh D’ Ayu Pictures di media sosial, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, memperlihatkan rambut tanpa mengenakan hijab ketika menjayakan beberapa babak drama berkenaan.
Dalam perkongsian sama, Aprena turut dilihat bergandingan dengan pelakon Nazim Othman yang memegang watak utama dalam karya tersebut.

Aprena ketika menjayakan beberapa babak lakonan bersama Nazim.
Difahamkan drama berkenaan dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.
Perkongsian video itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen memandangkan sebelum ini Aprena pernah menjadi dikritik segelintir pihak yang mendakwa pendiriannya dalam pemakaian tudung dikatakan tidak konsisten atau ‘on’ dan ‘off’.
Usaha mStar bagi mendapatkan pengesahan atau maklum balas daripada Aprena tidak berhasil apabila panggilan dan mesej yang dibuat tidak menerima sebarang balasan.
Sebelum ini, pelakon tersebut pernah menyifatkan tindakan membuka tudung sebagai satu ujian buat dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Aprena Manrose dedah sudah cerai, cuba bertahan tetapi gagal
ARTIKEL BERKAITAN: Aprena Manrose kuatkan diri selepas cerai... Kerap hadir majlis ilmu, empat bulan solat tahajud
Namun, ketika ditemu bual mStar, Aprena memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu berkenaan kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih keruh.
Menurutnya, apa sahaja penjelasan yang diberikan pasti tidak akan memuaskan hati semua pihak dan hanya berisiko mengundang salah faham.
Dalam masa sama, Aprena mengakui menutup aurat merupakan satu kewajipan dalam agama Islam.
Namun, sebagai manusia biasa, dia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan masih melalui proses pembelajaran dalam menjalani kehidupan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


