suria

“Mereka nak yang original”… Senario jawab dakwaan ‘buang’ Pak Ya sebagai duta

Senario menjelaskan keadaan sebenar Pak Ya tidak lagu dilantik sebagai duta

KUMPULAN Senario tampil menjawab dakwaan yang mengatakan mereka ‘memulaukan’ pelawak Ilya Buang atau Pak Ya daripada menjadi duta pakaian baju raya, Jakel. 

Menurut salah seorang anggotanya iaitu Lan Pet Pet, ketiadaan Pak Ya bukanlah disebabkan mereka mempunyai perbalahan, sebaliknya memenuhi kehendak klien. 

“Mereka (pemilik Jakel) ada 11 adik-beradik. Selepas berbincang akhirnya masing-masing mencapai kata sepakat untuk memilih ahli Senario yang original sahaja iaitu lima anggota asal (Lan, Azlee, Apek, Yasin dan Wahid).

Senario memaklumkan perkara itu ketika ditemui media pada Sabtu

Senario memaklumkan perkara itu ketika ditemui media pada Sabtu

“Sebelum tandatangan kontrak, kami antara Senario pun ada berbincang dan sudahpun pujuk. Tapi itu yang mereka mahu. 

“Jadinya, kami yang ahli asal pergi jumpa Pak Ya dan perjelaskan perkara sebenar. Dakwaan singkirkan Pak Ya tidak benar,” katanya kepada mStar

Lan memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada acara Meet and Greet Senario, Cik Epal dan Ammar bersama peminat di Jakel pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetap ‘adik bongsu’ dalam Senario, Yassin hargai abang-abang tak buka aib saat diuji

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pak Ya makin sensitif, akui tak lagi ligat macam rakan Senario lain... “Rasa terasing bila ada show yang tak panggil saya”

Untuk mengelakkan salah faham yang berlaku di antara mereka, Lan berkata mereka sudah menjelaskan perkara itu kepada Pak Ya.

Kata Lan, diharapkan penjelasan itu dapat meredakan kekeliruan serta menamatkan spekulasi yang berlegar. 

Sementara itu, seorang lagi anggota Senario, Wahid turut memberi penjelasan mengenai situasi sebenar melibatkan Pak Ya dalam kempen raya sebelum ini.

Senario harap Pak Ya tidak ambil hati dengan keputusan yang dilakukan Jakel.

Senario harap Pak Ya tidak ambil hati dengan keputusan yang dilakukan Jakel.

“Cerita sebenar untuk kempen raya tahun ini nama Pak Ya memang tiada. Namun kami telah menggantikan tempat salah seorang anggota kami iaitu Yasin yang tiada atas sebab tertentu.

“Kebetulan rezeki Pak Ya, Apek juga yang cadangkan nama Pak Ya untuk menggantikan tempat Yasin. Kontrak untuk kempen 2025 asalnya memang tiada nama Pak Ya,” katanya. 

Sebelum ini, timbul spekulasi yang mengatakan Senario mempunyai masalah dengan Pak Ya kerana wajah individu itu tidak kelihatan di kempen pakaian raya Jakel 2026.

Senario, Pak Ya, kumpulan Senario

Artikel Lain