DEWAN Negara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025 yang dibentangkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada Khamis lalu.
RUU itu bagi memastikan rangka kawal selia industri filem dan kandungan kreatif negara kekal relevan, berintegriti dan selari dengan perkembangan teknologi serta landskap kandungan digital semasa.
Ia berteraskan tiga skop utama iaitu pembangunan industri, penambahbaikan tadbir urus, serta pemantapan fungsi dan penguatkuasaan.

Datuk Fahmi (kanan) bersama Datuk Hans Isaac keluar dari Dewan Negara.
Menurut Fahmi, pindaan itu menekankan penyusunan ekosistem industri yang lebih profesional, telus dan berdaya saing, di samping memperkukuh peranan Finas sebagai badan kawal selia dan pemudah cara industri.
"Seiring dengan kebimbangan awam mengenai kawal selia media sosial, Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) menegaskan bahawa pindaan ini tidak melibatkan platform media sosial, dan buat masa ini platform over-the-top (OTT) atau video on demand (VOD) dikecualikan daripada keperluan pelesenan.
"Pindaan ini juga tidak bertujuan menyekat kreativiti, sebaliknya melindungi kebajikan tenaga kerja kreatif serta memastikan pematuhan undang-undang dalam aktiviti perfileman komersial," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: RUU Finas (Pindaan) 2025 diluluskan, jamin ekosistem lebih selamat... Kebajikan penggiat seni terbela
ARTIKEL BERKAITAN: Finas sedia bantu masa depan anak-anak Dharma Harun… “Arwah bangga mereka pelajar cemerlang”
Tambahnya, sepanjang proses penggubalan RUU itu, lebih 50 sesi libat urus telah dilaksanakan yang melibatkan persatuan industri, syarikat produksi, stesen televisyen, platform OTT, institusi pendidikan tinggi dan kementerian serta agensi teknikal berkaitan.
"Pendekatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan pindaan yang dilaksanakan benar-benar mengambil kira keperluan dan realiti industri.," ujarnya.
Dalam pada itu, Finas turut yakin bahawa pindaan akta ini akan menjadi pemangkin kepada pembentukan ekosistem perfileman negara yang lebih mampan, berintegriti dan kompetitif, selari dengan aspirasi pembangunan ekonomi kreatif Malaysia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


