suria

Finas sedia bantu masa depan anak-anak Dharma Harun… “Arwah bangga mereka pelajar cemerlang”

Finas sedia untuk membantu dari segi pelajaran anak Dharma Harun.

KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bagi melihat bentuk bantuan yang sesuai untuk dua anak pelakon, Allahyarham Dharma Harun.

Menurut Azmir, kedua-dua anak arwah iaitu Siti Qurratu Aini dan Muhammad Al Syafiq yang kini melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Aswara merupakan pelajar cemerlang dan memiliki masa depan cerah dalam bidang seni.

“Biar saya bincang dulu dengan pihak Aswara tentang apakah bantuan yang boleh kita berikan kepada anak-anak arwah.

Azmir memaklumkan perkara itu ketika ditemui media. 

“Tambahan pula saya rasa mereka memang berbakat dan arwah pernah beritahu kedua-duanya antara pelajar terbaik di sana. Itu yang arwah bangga,” katanya kepada mStar.

Azmir ditemui ketika menghadiri pengurusan jenazah arwah di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

Mengulas mengenai kehilangan figura yang cukup dikenali itu, Azmir berkata Dharma Harun merupakan antara pelakon yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan industri filem tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah dalam keadaan gelap, cari ayah tengok sudah tiada”... Dharma Harun meninggal dunia sendirian, jenazah dibawa ke masjid

ARTIKEL BERKAITAN: Dharma Harun meninggal dunia

“Arwah memang banyak sumbangan dalam industri filem. Kita tahu dia bermula dengan Adik Manja yang mengangkat nama beliau dalam industri.

“Kemudian arwah terus bergiat aktif sehinggalah filem terakhirnya kalau tak salah saya Adik Manja Returns,” ujarnya.

Sebelum ini, Allahyarham Dharma Harun disahkan meninggal dunia sendirian di rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Dharma Harun meninggal pada malam Selasa. 

Jenazah kemudian dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh.

Untuk rekod, Allahyarham merupakan antara pelakon lelaki popular era 1980-an. 

Antara filem yang pernah melonjakkan nama beliau termasuk Adik Manja (1980), Prebet Lapok (1979) dan Mekanik (1983).

Selain berlakon, arwah juga pernah terlibat dalam penerbitan beberapa program televisyen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia