suria

Mubarak Majid terkilan tak sempat ziarah Allahyarham Dharma Harun ketika sakit… “Saya ingat dia dah sihat” 

Mubarak terkilan tidak dapat melawat Dharma.

PELAKON veteran Mubarak Majid meluahkan rasa terkilan apabila tidak sempat menziarahi rakan seperjuangannya, Allahyarham Dharma Harun yang meninggal dunia pada malam Selasa.

Menurut Mubarak atau Mohamad Mubarak Abdul Majid, 69, dia pada awalnya merancang untuk melawat arwah selepas mendapat tahu mengenai keadaan kesihatannya, namun sangkaan bahawa Dharma sudah kembali pulih membuatkan niat itu tertangguh.

“Saya tak sempat nak melawat dia. Perancangan itu memang ada… itu yang buatkan saya rasa ralat dan satu kekesalan.

“Waktu mula-mula dapat tahu dia sakit memang saya nak pergi tengok dia, tapi kemudian penerbit Datuk A. Aida tawarkan dia berlakon. Saya ingat dia dah sihat… jadi tak apalah, saya pun tak teruskan.

Mubarak maklumkan perkara itu ketika ditemui media. 

“Tak sangka beberapa bulan selepas itu saya terima pula berita sedih yang dia sudah meninggal dunia,” katanya kepada mStar.

Mubarak ditemui ketika hadir ke pengurusan jenazah arwah di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, pada pagi Rabu.

Dalam masa sama, Mubarak mengakui hubungan mereka bukanlah terlalu rapat, namun bakat Dharma sentiasa berada dalam perhatiannya sejak dia menonton filem pertama lakonan arwah iaitu Adik Manja.

“Saya sebenarnya dengan arwah bukanlah kawan baik atau terlalu rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah dalam keadaan gelap, cari ayah tengok sudah tiada”... Dharma Harun meninggal dunia sendirian, jenazah dibawa ke masjid

ARTIKEL BERKAITAN: Dharma Harun meninggal dunia

“Saya kenal dia pun menerusi filem Adik Manja. Dari situ saya tengok lakonan dia, menjadi betul.

“Masa tu saya nampak dia seorang pelakon yang bagus dan boleh pergi jauh,” ujarnya.

Mengulas mengenai keistimewaan Dharma sebagai pelakon, Mubarak menyifatkan arwah sebagai generasi seni yang sukar diganti.

“Sekarang memang susah nak jumpa pelakon yang boleh bawa watak bersahaja macam arwah.

Sekarang memang susah nak jumpa pelakon yang boleh bawa watak bersahaja macam arwah.

MUBARAK MAJID

PELAKON

“Kebanyakan pelakon sekarang bukanlah dari akademi sangat.

“Pelakon lama atau ‘purba’ ni pula hebat kerana pengalaman dan kemahiran lakonan mereka yang sudah terbentuk,” katanya.

Untuk rekod, Allahyarham Dharma disahkan meninggal dunia sendirian di rumahnya di Wangsa Maju pada malam Selasa.

Dharma meinggal dunia pada Selasa. 

Jenazah dimandikan dan disolatkan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh.

Antara filem yang pernah melonjakkan nama beliau termasuk Adik Manja (1980), Prebet Lapok (1979) dan Mekanik (1983).

Selain berlakon, arwah juga pernah terlibat dalam penerbitan beberapa program televisyen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia