suria

Aniq Suhair terkejut terima berita pemergian Dharma Harun, tak sangka drama Ayah lakonan terakhir arwah

Telefilem berjudul Ayah merupakan lakonan terkahir Aniq bersama Dharma.

PELAKON Aniq Suhair tidak menyangka kolaborasi bersama aktor Dharma Harun dalam telefilem berjudul Ayah merupakan lakonan terakhir aktor itu. 

Aniq atau Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 25, berkata, bekerja dengan Dharma merupakan satu kenangan yang tidak akan dilupakan.

Kata Aniq, meskipun Dharma merupakan nama besar dalam industri seni tempatan, aktor berpengalaman itu tidak pernah menunjukkan sifat sombong atau memandang rendah terhadap pelakon lain.

“Telemovie Ayah yang Aniq berlakon dengan uncle rupa-rupanya jadi lakonan terakhir uncle. 

Aniq puji sikap Dharma yang tidak sombong dengan pendatang baru. 

“Dari hari pertama shooting, Aniq rasa kecil sangat bila sedar Aniq tengah bekerja dengan seorang legenda. 

“Tapi uncle tak pernah sombong. Uncle sangat merendah diri, suka menyakat dan selalu buat set penggambaran rasa hidup,” katanya. 

Aniq berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu. 

Dalam pada itu, Aniq seakan-akan tidak percaya apabila mendengar berita pemergian pelakon legenda itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah dalam keadaan gelap, cari ayah tengok sudah tiada”... Dharma Harun meninggal dunia sendirian, jenazah dibawa ke masjid

ARTIKEL BERKAITAN: Dharma Harun meninggal dunia

“Aniq masih terkejut dengan pemergian uncle (panggilan Dharma). Tak percaya. Baru saja Aniq jumpa Syafiq (anak Dharma), tanya khabar uncle. 

“Terima kasih uncle untuk ilmu, untuk kenangan. 

“Moga roh uncle dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman,” ujarnya. 

Sebelum ini, Allahyarham Dharma Harun disahkan meninggal dunia sendirian di rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Jenazah kemudian dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia