PENYANYI Usop meminta orang ramai agar tidak salah faham berhubung luahan hati yang ditulis oleh isterinya iaitu Nur Fatihah Md Hashim menerusi laman sosial.Menegaskan kapsyen tersebut tiada kaitan dengan rumah tangga mereka, Usop atau Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 29, turut menjelaskan hubungannya dengan isteri berada dalam keadaan baik sahaja. "Jangan salah faham... Tiada yang pelik-pelik pun mengenai perkongsian itu atau berkaitan hubungan kami. Usop menegaskan hubungan rumah tangga dalam keadaan baik. "Saya dengan keluarga tiada masalah pun," katanya ketika dihubungi mStar.Menurut Usop, perkongsian tersebut hanyalah kata-kata semangat daripada isteri yang mahu memberikan sokongan terhadap perjalanan kerjaya seninya.Menyedari setiap kata-kata atau tindakan mereka bakal menjadi perhatian, Usop juga sudah menasihati isterinya agar tidak membuat sebarang perkongsian yang boleh menimbulkan tanda tanya.ARTIKEL BERKAITAN: Ralat tak dapat teman isteri bersalin, Usop timang anak kedua - “Sempat bawa dia keluar makan” ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Usop sebak, tahan air mata dapat kejutan isteri hamil... Mula mengidam nak makan macam-macam"Isteri saya memang suka buat posting macam itu. Kadang-kadang ayat copy paste daripada ChatGPT pun dia jadikan status."Saya pun selalu beritahu dia supaya berhati-hati sebab ramai yang memerhati."Perkongsian itu juga merupakan kata-kata semangat buat saya. Dialah yang banyak melihat susah dan senang saya," ujarnya. Saya dengan keluarga tiada masalah punUSOP PENYANYISebelum ini, Fatihah menerusi satu hantaran di Instagram berkongsi kapsyen luahan berserta gambar bersama dua orang anak mereka.Menulis ucapan untuk suami, Fatihah mengingatkan pasangan agar menghargai insan yang sentiasa bersama di sisi."Kepada seorang suami, jangan biarkan dirimu terus menjadi lemah begitu lama dan jangan sampai terlalu mempertahankan seseorang yang tidak menghargai sehingga tidak nampak orang yang selama ini berdiri di sebelah kita, yang turut berkorban dan melalui susah senang bersama kita.Luahan Fatihah di Instagram. "Awak perlu pertahan diri sebelum mempertahankan yang lain. Jangan sampai orang yang sayangkan awak penat menunggu dan ketahuilah dia juga berhak dihargai," tulisnya.Untuk rekod, Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2022 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!