suria

[VIDEO] Usop sebak, tahan air mata dapat kejutan isteri hamil... Mula mengidam nak makan macam-macam

Usop dan isteri sudah bersedia timang cahaya mata sulung.

SELEPAS dua bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Usop berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya iaitu Nur Fatihah Md Hashim kini sudah berbadan dua.

Bersyukur dengan kurniaan rezeki ini, Usop atau nama sebenar Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, bagaimanapun berkata dia tidak menjangka bakal menimang cahaya mata secepat ini.

"Alhamdulillah isteri kini hamil empat minggu... sejujurnya saya pun tak cepat sangat. Semasa isteri buat kejutan memaklumkan hal ini saya jadi sebak tapi terpaksa tahan air mata sebab malu depan mak ayah.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berkat hari Jumaat... Usop sah jadi suami model Nur Fatihah, serah mas kahwin RM3,000

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan sebelum kahwin, bakal isteri terhantuk pintu... Usop pula tak boleh tidur malam takut salam tangan tok kadi

"Kalau ikutkan isteri saya memang nak cepat-cepat dapat baby. Kami tak pernah merancang tentang soal zuriat, kami sentiasa bersedia menerima kalau ada rezeki anak.

usop 2

Usop teruja bakal timang cahaya mata pertama.

"Buat masa ini isteri tak ada sebarang alahan... tapi yang pelik saya pula yang kuat makan dan terasa nak makan macam-macam! Sebelum ini tak ada pula," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Syukur Alhamdulillah! Famili saya pun antara yang teruja sebab ini cucu pertama mereka, memang banyak nasihat diberi

USOP

PENYANYI

Sebelum itu menerusi Instagram, penyanyi lagu Lenyap ini berkongsi rakaman video isterinya melakukan kejutan dengan menunjukkan alat ujian kehamilan yang memperlihatkan dua garis.

"Semasa itu saya nak kemas barang-barang, pelik tengah lipat baju isteri suruh cari sesuatu... tengok-tengok alat ujian kehamilan dengan dua line.

usop 3

Usop dan Fatihah berkahwin pada 4 Februari lalu.

"Memang terkejut, macam tak percaya tapi syukur Alhamdulillah. Famili saya pun antara yang teruja sebab ini cucu pertama mereka, memang banyak nasihat diberi.

"Tentang jantina saya tak kisah, janji isteri dan bayi sihat. Doakan semoga urusan kami dipermudahkan ya," ujarnya.

Untuk rekod, Usop dan Fatihah disatukan sebagai suami isteri di Kompleks Darul Hidayah, Penaga, Pulau Pinang pada 4 Februari lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO KEJUTAN USOP INI!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain