SEBAGAI pelakon, Evertts Gomes menyedari kecederaan ketika menjalani penggambaran babak aksi merupakan perkara biasa.Bagi Evertts, 28, rasa sakit yang dialami itu mampu memberikan 'rasa' buat seorang aktor mendalami watak yang diberikan selain menghidupkan lagi jalan cerita. Biarpun begitu, pelakon ini sentiasa berhati-hati ketika melakukan babak berkenaan kerana tidak mahu mendatangkan kesan jangka panjang terhadap dirinya.Evertts teruja membawa watak Ghafar dalam Kudrat 1968. "Ketika di sekolah dahulu saya seorang atlet, jadi rasa sakit pada bahagian tertentu itu saya sudah tahu. Mungkin ada yang kata sebagai pelakon saya tidak patut buat (babak aksi), tetapi ini adalah cara saya untuk faham rasa sakit itu."Tidaklah keterlaluan, cukup rasa sakit 25 peratus dan saya boleh terjemahkan 100 peratus dalam watak tersebut."Memang risau jika berlaku kecederaan yang boleh memberi kesan apabila usia tua, tetapi saya tahu batas sendiri. Saya tidak akan buat sesuatu yang boleh memberi kesan jangka panjang pada kemudian hari," katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kudrat 1968‘ ubati kekecewaan Dai Fuad gagal ujibakat filem terdahulu ARTIKEL BERKAITAN: “Cabaran untuk dapat kembali 'roh' budak sekolah“ - Zarif Ghazzi susut 20kg, gelapkan kulit demi AbbasEvertts berkongsi perkara tersebut selepas namanya diumumkan sebagai salah seorang pelakon yang terlibat dalam karya terbaharu berjudul Kudrat 1968.Membawakan watak Ghafar, pelakon ini juga memberitahu dia tidak terlepas daripada mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran.Evertts dalam masa sama yakin pengalaman seorang pengarah dapat memastikan keselamatan di lokasi penggambaran sentiasa terjamin.Enam pelakon utama Kudrat 1968. "Sebagai pelakon mungkin kita ada idea sendiri apabila membaca skrip, tetapi pengarah ada pandangan mereka untuk menjayakan sesuatu babak. Jadi saya akan ikut sahaja kata pengarah."Saya tidak akan buat kalau sesuatu perkara itu tidak mampu dilakukan," jelasnya.Selain Evertts, pelakon lain yang turut terlibat ialah Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Akmal Asyraf, Dai Fuad dan Chech Harith.Kudrat 1968 bakal ditayangkan dalam dua format berbeza, iaitu empat episod drama sebelum tayangan filem di pawagam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!