USAHAWAN dan penyanyi Iqbal Zulkefli mendedahkan dia menerima tawaran dengan jumlah bayaran yang tinggi untuk melakukan gimik kononnya sedang bercinta dengan seorang artis.Menolak secara baik, Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 32, berkata permintaan sebegitu bukan perkara asing kerana dia juga pernah menerima tawaran untuk mewujudkan kisah sensasi sebelum ini. "Ada yang tanyakan kepada saya, 'Iqbal, nak tak kita buat gimik Iqbal bercinta dengan artis ini?'. Saya tidak terkejut sebab ini bukan pertama kali. Malah dibayar bukan angka kecil.Perkongsian Iqbal di Threads. "Cuma terkejut kerana artis wanita tersebut sangat cantik, boleh dikatakan popular. Saya menolak secara baik dan tetap menjaga privasi," katanya dalam satu hantaran di Threads pada Sabtu.Tambah Iqbal, gimik melibatkan kisah percintaan tidak lagi sesuai buat dirinya memandangkan usia yang semakin meningkat.Bahkan, dia tidak mahu dikaitkan dengan kisah sensasi yang melibatkan perasaan orang lain.ARTIKEL BERKAITAN: Buang bulu mata Vida, Iqbal Zulkefli bukan nak ‘control’ pasangan… Suka gaya minimalis jika kembali bercinta ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli dikejarkan ke hospital gara-gara tomyam"Saya tidak pernah lakukan gimik bercinta. Usik-mengusik itu biasalah. Umur saya sudah 30, semakin berusia, rasanya tidak sesuai lagi."Lagipun, tanpa sedar jadi main perasaan orang," ujarnya.Menjawab di ruangan komen, Iqbal turut memberitahu dia terbuka untuk melakukan kolaborasi bagi mempromosikan sesuatu produk atau karya.Iqbal berhati-hati dalam memilih tawaran kolaborasi. Bagaimanapun, baginya, mewujudkan kisah sensasi hanya untuk meraih populariti dianggap tidak bermanfaat."Biasalah macam kolaborasi produk atau demi filem, drama, bagi saya okay saja. Cuma kalau kosong sekadar cari populariti, agak buang masa," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!