suria
mStar - Urban.Versatil

Zulin Aziz sah bercerai, selesai tempoh idah

Zulin sudah habis jalani idahnya.

PELAKON dan pengacara Zulin Aziz akhirnya mendedahkan dia kini sudah sah bercerai dengan suaminya, Farhan Norzaini pada 18 Disember tahun lalu. 

Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, juga memberitahu dia sudah selesai menjalani tempoh idah dan sedia untuk berkongsi perkara tersebut. 

“Memang betul saya sudah bercerai sejak Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Tetapi saya tidak beritahu sesiapa sehinggalah tamat tempoh idah.

Zulin dan Farhan berpisah secara baik.

“Tetapi saya tahu lambat laun saya perlu beritahu juga kepada semua. Jadi waktu yang terbaik adalah selepas habis jalani tempoh idah,” katanya memetik laporan Kosmo.

Menurut Zulin dia dan bekas suaminya berpisah atas persefahaman bersama dan masih menjalinkan hubungna baik selepas bercerai. 

Dia bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi lanjut tentang punca perceraian mereka berdua. 

ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz beri bayangan sudah cerai selepas setahun kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Dompet hilang belum jumpa, Zulin Aziz harap jatuh di tangan orang memerlukan... Peminat murah hati siap nak belanja makan

“Biarlah saya dan bekas suami sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu tahu tentang urusan rumah tangga kami yang terlalu peribadi untuk dikongsi.

“Apa yang saya boleh katakan kami berpisah secara baik dan tidak bermusuhan. Kami kekal berkawan. Hubungan kedua-dua belah keluarga juga masih baik," ujarnya. 

Untuk rekod, Zulin dan Farhan bernikah pada 20 Februari 2022.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan ini juga pernah menjadi bualan apabila mereka mereka dikatakan membawa haluan masing-masing selepas setahun berkahwin. 

Bagaimanapun hubungan mereka dilihat kembali pulih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain