USAHAWAN sensasi, Liana Rosli menafikan dakwaan kononnya dia mencanang masalah rumah tangga kakaknya, Kak Nona di media sosial.Menurut Liana atau mesra disapa Kak KM, kakaknya sendiri yang terlebih dahulu memberi bayangan mengenai konflik rumah tangga yang dihadapi menerusi beberapa kenyataan dalam siaran langsung di media sosial miliknya. “Kenapa pula saya yang dikatakan canang masalah rumah tangga dia? Sedangkan dia yang buka sendiri. Liana tidak mahu masuk campur urusan orang lain. “Bila orang tanya suami mana, dia jawab suami balik kampung. Suami pula bila buat siaran langsung beritahu sedang dalam proses memujuk isteri.“Dia sendiri yang buka ruang dan (seolah-olah) maklumkan dirinya ada masalah. Kenapa pula saya yang dipersalahkan? Maaf, saya memang tiada masa nak campur urusan rumah tangga dia,” katanya kepada mStar.Liana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), petang Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan ungkit siapa betul atau salah"... Kak Nona sedia berdamai, mahu adik beradik datang ke rumah ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati Kak KM canang isu rumah tangga, Kak Nona dedah sudah fail cerai… “Saya diam sebab nak jaga maruah suami”Berkongsi lanjut, Liana berkata dia bukan individu yang gemar berkunjung ke rumah orang lain meskipun dipelawa oleh Kak Nona.Malah jelas Liana, kebiasaannya keluarga mereka akan berkumpul di kediamannya dan perkara itu sudah menjadi rutin sejak sekian lama.“Saya memang tak biasa datang rumah orang. Malah ketika hubungan kami baik dahulu pun, saya tak pernah pergi ke rumah dia. Maaf, saya memang tiada masa nak campur urusan rumah tangga diaKAK KM USAHAWAN “Kalau tengok perangai saya, memang bukan jenis macam itu. Lagipun, adik-beradik kami selalunya berkumpul di rumah saya, itu memang rutin keluarga,” ujarnya.Sementara itu, kata Liana hubungan antara mereka mulai renggang sejak Hari Raya Aidiladha tahun lalu dan sehingga kini masih belum kembali pulih.Liana turut menjelaskan kenyataannya ketika membuat siaran langsung menyanyikan lagu Hey Ladies nyanyian Rossa sebelum ini tidak membawa maksud rindu seperti yang disalah tafsir segelintir pihak.Hubungan renggang Liana dan Nona mendapat perhatian ramai. “Sejak Raya Haji tahun lepas, kami memang tak pernah jumpa atau berhubung.“Masa buat siaran langsung itu, saya nyanyi sebab teringat, bukan rindu. Dua perkara itu berbeza dan memang tak sama langsung,” jelasnya.Sebelum ini, sengketa antara Liana dan Kak Nona atau Rose Azlin Rosli menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.Malah menerusi laporan mStar pada Isnin, Kak Nona mengesahkan dia dan suami kini dalam proses perceraian di mahkamah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!